Jaguh Siber Indonesia, Malaysia Dan Vietnam ‘Rancakkan’ Sukan Asia 2018

jaguh siber

Jika melewati laman Facebook Asian Football Confederation, setiap posting yang melibatkan skuad bola sepak Malaysia, Vietnam dan Indonesia pasti akan mendapat respon yang tinggi.

Respon pada posting yang melibatkan pasukan-pasukan lain di Sukan Asia 2018 tampak suam-suam kuku antaranya seperti kemenangan juara bertahan, Korea Selatan ke atas Bahrain.

Namun, jika ia melibatkan tiga negara tersebut, posting tersebut akan mendapat reaksi dan respon yang tinggi sebagai contoh tewasnya tuan rumah, Indonesia kepada Palestin.

Dapat dilihat seakan-akan ada gabungan kerjasama yang unik diantara penyokong Malaysia dan Vietnam untuk ‘menentang’ Indonesia di dalam posting-posting tersebut.

Selalunya ‘pergaduhan’ alam maya ini hanya akan melibatkan penyokong Malaysia dan Indonesia, tetapi kini, penyokong Vietnam telah mula menyertai kem Malaysia.

Kita akan dapat lihat komen-komen menarik dan ada antaranya penuh jenaka serta juga saling ‘berperang’ di kalangan penyokong ketiga-tiga negara tersebut antaranya:

Ini adalah sebahagian posting-posting yang Semuanya BOLA dapat rangkumkan. Untuk selanjutnya, para pembaca bolehlah ke laman Facebook Asian Football Confederation.

Apa yang terjadi sebenarnya? Mengapa penyokong Vietnam tiba-tiba menyertai kem penyokong Malaysia di Sukan Asia?

Ianya bermula dengan berita skuad B-23 Vietnam yang terpaksa berlatih di lokasi yang selayaknya dipanggil kawasan sawah padi, bukannya padang latihan bola sepak.

Menurut laporan di Tribun Jakarta, rumput disitu kelihatan sangat kering, lebih banyak tanah dari rumput dan juga terdapat lopak-lopak air di padang latihan pasukan Vietnam.

Di padang tersebut juga tidak terdapat gawang gol dan garisan padang. Ia merupakan padang milik syarikat Samsung dan bukanlah padang bola sepak yang sebenar.

FOTO: DOK. PHAM HOANG

Vietnam dilaporkan sepatutnya berlatih di padang Sutasoma, Jakarta Timur, namun dikhabarkan tidak mendapat keizinan daripada pihak Tentera Udara Indonesia.

Dan menurut laporan VnExpress, padang Sutasoma itu jaraknya 50 kilometer daripada hotel penginapan skuad Vietnam. Sudahlah lokasinya jauh, tidak dapat keizinan pemilik pula.

Akibat pelbagai masalah yang timbul, akhirnya Vietnam mengambil keputusan untuk menyewa padang milik syarikat Samsung untuk membolehkan mereka berlatih.

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo jelas tidak berpuas hati dengan perkara ini langsung menyatakan kepada media yang Indonesia belum bersedia untuk menjadi tuan rumah.

“Pihak penganjur iaitu Indonesia cukup bermasalah, sejak dari majlis pengundian sehingga ke padang latihan untuk pasukan-pasukan bertanding, segalanya serba tidak kena.

“Ini sangat memberi kesan terhadap persediaan kami,” ujarnya lagi yang masih memikirkan adakah mereka perlu menyewa lagi padang dan meneruskan latihan seperti biasa.

Sebelum itu, media melaporkan yang Vietnam pada mulanya terpaksa berlatih di pinggir jalan untuk memastikan para pemain mereka kekal cergas untuk aksi menentang Pakistan.

FOTO: Đức Đồng

Wakil pihak penganjur, Eris Herryanto telah memohon agar perkara ini tidak lagi diperbesarkan kerana Vietnam telahpun menjalani latihan mereka di tempat yang sewajarnya.

Menerusi temubual bersama Goal, Haerryanto menyatakan hasil tinjauan wakilnya di kem Vietnam, tiada lagi keluhan kedengaran dan mereka telah dapat berlatih di tempat yang sepatutnya.

Walaupun isu ini telah selesai, bagi penyokong Vietnam, tindakan Indonesia dianggap tidak profesional. Vietnam terpaksa melalui dua perlawanan tanpa latihan yang ‘sebenar’.

Walaubagaimanapun, mereka telah lulus dalam kedua-dua perlawanan itu apabila menang 3-0 ke atas Pakistan dan 2-0 ke atas Nepal. Vietnam akan bertemu Jepun pada Ahad ini.

Penutup

‘Perang’ alam maya di media sosial antara jaguh siber ketiga-tiga negara sememangnya menarik perhatian terutamanya ketika Sukan Asia 2018 sedang hangat berlangsung.

Walaubagaimanapun harus diingat, yang menjadi jaguh siber ini majoritinya tidak berada di lokasi pertandingan dan kita harus fikirkan nasib penyokong-penyokong yang berada di sana.

Ada pepatah yang menyatakan, ‘Kerana mulut, badan binasa.’ Jadi, buat jaguh siber, waspadalah dalam setiap kata-kata ataupun posting-posting kita agar ia tidak menjadi barah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN