“Jaga-Jaga, Saya Ini Tangan Ghaib” – TMJ Kongsi Pandangan Beliau Mengenai Harimau Malaya & Kim Pan-gon

“Jaga-jaga, saya ini tangan ghaib,” kata pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sambil berseloroh ketika ditanya wartawan mengenai pandangan beliau mengenai skuad Harimau Malaya dan Kim Pan-gon dalam satu sidang media pada hari ini.

Melalui sidang media memperkenalkan muzik video ‘Pioneer’ yang dinyanyikan oleh Snoop Dog dan Joe Flizzow, TMJ sempat menjawab beberapa soalan wartawan mengenai perkembangan semasa pasukan negara.

Antaranya mengenai status pemain tengah Nazmi Faiz Mansor yang terpaksa pulang ke JDT kerana kecederaan yang dialami pemain itu ketika menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan pada Isnin lalu, dan prestasi terkini JDT pada musim ini.

Pemain JDT tak cukup bagus

“Saya tengok semua pemain JDT tak bagus. Saya tak berpuas hati, pemain JDT tak cukup bagus, dan pasukan ini tak kurang bagus. Belum sampai ke standard (tahap) yang saya inginkan,” ujar TMJ mengulas mengenai prestasi JDT setakat ini.

“Ukurannya bukan lawan pasukan divisyen 3, semua ini bukan satu ukuran. Ukurannya adalah lawan [pasukan] Liga Super. Saya pun tak suka cepat puas hati.

Bagi TMJ walaupun JDT merupakan pasukan pilihan, kejuaraan masih lagi menjadi milik pasukan selagi trofi itu belum sah milik mereka. Lagipun saingan masih lagi pada awal musim.

Mengenai kecederaan Nazmi, TMJ mengesahkan pemain itu terpaksa kembali ke JDT kerana pasukan kebangsaan tidak ada kemudahan untuk tujuan pemulihan.

Baginda juga mengesahkan Safawi Rasid terpaksa dibenarkan menyertai pasukan walaupun tidak cergas sepenuhnya, manakala Afiq Fazail juga terpaksa berehat dalam 20 hari akibat kecederaan.

Mengenai kecederaan pemain-pemain ini, TMJ berkata ia adalah perkara biasa bagi pemain pada awal musim.

Beri peluang kepada Kim Pan-gon

TMJ juga enggan menilai jurulatih baharu pasukan negara, Kim Pan-gon hanya berdasarkan beberapa peluang. Malah Baginda berharap jurulatih daripada Korea Selatan itu diberikan waktu yang mencukupi untuk membuktikan kebolehannya.

“Saya merasakan ia adalah positive step (langkah positif) untuk Harimau Malaya [setakat ini]. Kali ini ia akan berbeza kerana apabila saya melihat struktur yang ditunjukkan kepada saya, ia lebih kurang sama dengan apa yang kita ada di sini [JDT].

“Sebelum ini tidak ada. Sekarang mereka betul-betul ada perancangan, ada pakar perubatan, dan betul-betul menyelia [perkembangan] setiap pemain di dalam negara yang mana ia adalah perkara amat bagus,” tambah TMJ lagi.

Ketika menjawab soalan wartawan TMJ juga mengesahkan Kim Pan-gon turut berkongsi intention [niat] dan visi untuk pasukan negara, dan ia juga dijawab secara berseloroh oleh TMJ: “Ada, saya juga kata jaga-jaga, saya ni tangan ghaib.”

Pasukan negara yang memulakan latihan pertama bersama rejim baharu di bawah kendalian Kim Pan-gon pada Isnin lalu akan terbang ke Singapura pada 22 Mac ini untuk mengadapi tiga perlawanan persahabatan.

Skuad Harimau Malaya akan terlebih dahulu berhadapan Filipina pada 23 Mac, sebelum bertemu Singapura tiga hari kemudian. Untuk memanfaatkan kalendar antarabangsa FIFA sepenuhnya, pasukan negara turut akan mengadakan perlawanan tambahan menentang kelab Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac sebelum kembali ke ibu negara.

 

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN