Jaga-Jaga Kedah, UiTM Bukan ‘Lubuk’

Sekalipun pasukan ini merupakan pendatang baharu dalam saingan Liga Super, itu bukan bermakna pasukan lain boleh memperlekehkan kemampuan UiTM FC termasuk pasukan Kedah yang ‘ketandusan’ mata selepas ‘lingkup’ dalam dua perlawanan liga.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak ketika sidang media selepas tewas kepada Terengganu FC (TFC) tempoh hari menjelaskan beliau yakin anak buahnya mampu bangkit dan perlu fokus untuk mengutip mata pada perlawanan yang seterusnya.

Namun jurulatih kelahiran Singapura itu perlu ingat, selaku pasukan bertaraf universiti yang pertama beraksi di saingan liga elit negara, UiTM telah membuktikan mereka mampu untuk melakukan kejutan termasuk ketika perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas.

Dengan pelantikan bekas pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih, pasukan itu dilihat berjaya memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan taktikal “high pressing” yang menjadi ancaman buat dua pasukan berpengalaman iaitu Melaka dan JDT.

Status pasukan bukan pilihan atau ‘underdog’ bukan bermaksud UiTM akan menjadi ‘lubuk’ untuk pasukan-pasukan lain mencari mata. Ini kerana skuad The Lion Troops itu dikuatkan dengan kehadiran pemain import yang mempunyai reputasi tinggi seperti Gustavo Almeida, Rabih Ataya, Ousmane Fane dan Victor Clotaire Nirennold.

Dengan kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman yang dilihat semakin serasi, dua perlawanan pertama ini mungkin sudah cukup untuk UiTM gunakan sebagai pengajaran berharaga. Namun dengan semangat melawan yang telah dipamerkan, ia telah menunjukkan mereka mampu untuk beraksi di pentas Liga Super.

Sejarah telah membuktikan, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Jangan terlebih yakin.

Kredit Foto: UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN