Analisis: EFL Berkongsi Bagaimana Mereka Menghasilkan Jadual Liga Bola Sepak

Barangkali ramai akan tertanya, cara apakah yang digunakan oleh pengurusan liga bola sepak di serata dunia untuk menghasilkan jadual perlawanan dalam semusim.

Namun, pihak English Football League (EFL) telah berkongsi di laman rasminya mengenai perkara ini. Kami mengambil contoh liga bola sepak tertua dunia ini untuk dipersembahkan kepada pembaca pada hari ini.

Kerjasama

Pihak EFL melantik kontraktor IT yang berpengalaman untuk mengendalikan tugasan ini. Malah, kontraktor IT ini juga mengendalikan tugasan membentuk jadual EPL.

Tugasan ini biasanya bermula pada November untuk penghasilan jadual musim hadapan. Para petugas akan bermesyuarat dengan organisasi yang dinamakan ‘Fixtures Working Party.’

Setelah itu, pada Mac tahun seterusnya, petugas itu akan bermesyuarat dan menyelaras jadual perlawanan setelah mendapat persetujuan kelab, FA Inggeris serta Football Supporters Federation.

Setelah tamat final play-off, draf jadual perlawanan akan dibentangkan untuk dikemaskini. Kemudian, barulah dibentang pula kepada Ketua-Ketua Polis untuk perbincangan berkaitan isu keselamatan.

Cabaran dihadapi

Ratusan perubahan dibuat agar mendapatkan jadual perlawanan yang sempurna. Malah, pihak EFL akan menganalisa jadual manakah yang bersesuaian dengan perlawanan pembukaan musim dan perayaan seperti Krismas.

Selain itu, mereka juga menyusun jadual untuk perlawanan penutup musim (regular season). Asalkan jadual itu tidak memberi masalah kepada kelab dan badan berkaitan, seperti polis.

Burton Albion menentang Derby County dalam pertemuan setempat Derbyshire musim lepas

Seterusnya, mereka cuba memastikan ‘local derbies’ dapat dilaksanakan.

Sebagai alternatif mereka akan menjadualkan perlawanan sedemikian pada hari Ahad. Tetapi ‘local derbies’ akan dielakkan diadakan pada waktu kritikal seperti cuti umum di Britain termasuk ‘Boxing Day’.

Di samping itu, mereka mahu mengelakkan perlawanan jarak jauh diadakan pada pertengahan minggu.

Semakan jadual

Ia dibuat secara manual. Namun, ia juga perlu disemak agar menepati laporan dan cadangan oleh pihak polis.

Malah, syarikat pengangkutan awam seperti keretapi juga memberikan saranan kepada EFL untuk membentuk jadual yang bersesuaian.

Bukan apa, ada juga penyokong menaiki keretapi untuk menonton perlawanan ke stadium.

Siaran TV

Siaran langsung mampu menjana suntikan wang untuk kelab. Sumber: EFL.

Sky Sports dilantik sebagai penyiar rasmi EFL. Mereka akan memberi notis minimum 5 minggu kepada umum mengenai perlawanan manakah akan dipilih untuk siaran langsung.

Hebahan ini dianggap penting kepada penyokong untuk menyusun perancangan sama ada untuk ke stadium atau sebaliknya.

Kami sebelum ini pernah berkongsi informasi bahawa, perlawanan setiap Sabtu jam 3 petang tidak akan disiarkan di kaca televisyen. Namun, ia hanya dilaksanakan di Britain sahaja.

Pautan: Kerana Peraturan ‘Blackout’, Tidak Ada El Classico Di Kaca Tv Sabtu Ini

Sekatan jam 9?

Benar, ada peraturan sebegini sebenarnya. EFL akan menghantar jadual yang sudah diperakukan kepada semua kelab.

Namun, kelab diberi arahan agar tidak menghebahkan jadual itu sebelum jam 9 pagi pada ‘Fixture Release Day’. Untuk musim 2017-18, tarikhnya jatuh pada 21 Jun 2017. Dalam kata lain, selepas saja jam 9 pagi pada tarikh tersebut, maka jadual perlawanan akan dimuatnaik ke laman rasmi kelab.

Jadual padat

Memang akan berlaku, terutama masalah cuaca. Atau masalah lain seperti kawasan sekitar tidak tenteram. Ia pernah berlaku pada perlawanan EPL antara Tottenham menentang Everton pada perlawanan pembukaan 2011/12.

Malah, jika ada kelab EFL mara lebih jauh dalam saingan trofi kalah mati, jadual pun akan berubah.

Penutup

Rasanya tidak salah jika pihak liga Malaysia berkongsi cara pembentukan jadual perlawanan liga kepada umum. Masih ada ruang untuk diperbaiki.

Kerana, peminat juga ingin menyuarakan pendapat agar mereka dapat hadir menyokong pasukan kesayangan. Itu pun jika jadual disusun dengan bijaksana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN