Quantcast
Kerana Peraturan 'Blackout', Tidak Ada El Classico Di Kaca TV Sabtu Ini
BERITA

Kerana Peraturan 'Blackout', Tidak Ada El Classico Di Kaca TV Sabtu Ini

Thursday, 1 Dec 2016

Pertamanya, penulis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat handai penumpang pesawat LaMia 2933 yang terhempas pada Isnin malam (waktu tempatan).

Pesawat tersebut telah membawa sebahagian ahli pasukan Chapecoense untuk perlawanan pertama final Copa Sudamericana 2016 di Colombia.

El Classico Hujung Minggu Ini!




El classico adalah antara perlawanan bola sepak yang paling banyak ditonton di seluruh dunia setiap tahun. Namun ia akan mengalami ‘blackout’ di UK pada hujung minggu ini.

elc1

Kisah ini tidaklah memberi impak besar kepada peminat Barcelona atau Real Madrid yang berada di luar Britain.

Jadi peminat tegar kedua-dua pasukan ini serta pengikut el-classico di Malaysia masih boleh menikmati perlawanan ini seperti biasa.

Tetapi, larangan pelik ini berlaku di Britain kerana satu peraturan yang telah dijalankan sejak 50 tahun! Di Britain, sebenarnya terdapat satu peraturan blackout untuk siaran langsung perlawanan bola sepak.

Apakah Itu Peraturan Blackout?

Peraturan blackout menetapkan Tidak Ada Siaran Langsung Bola Sepak Semua Stesen Televisyen di Britain pada hari Sabtu antara jam 2.45 petang sehingga 5.15 petang (waktu tempatan).

Kejohanan yang terlibat sama ada Piala FA, Liga Perdana, Liga Bola Sepak (EFL) dan Liga Nasional. Dipercayai juga peraturan ini terpakai di Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Peraturan ini telah wujud sejak 1960-an apabila pengerusi Burnley, Bob Lord (bersut) memujuk pengerusi kelab lain dalam Football League agar menerima usul yang mahu dibentangkan beliau.

bob

Ini kerana, kesan daripada siaran langsung untuk perlawanan yang belangsung pada 2.45 petang hingga 5.15 petang mempengaruhi kehadiran penyokong ke stadium.

Ia akan memberikan impakyang besar ke atas kutipan wang pada hari perlawanan.

Peraturan ini hanya terpakai pada hari Sabtu sahaja! Tidak terpakai pada hari Ahad atau lain-lain hari. Asalkan bukan Sabtu.

Relevan Pada Hari Ini?

Namun, pada zaman moden hari ini, peraturan ini dianggap agak mengarut. Ini kerana pasukan-pasukan di England sentiasa menerima kehadiran penyokong yang besar lebih lebih lagi kelab EPL.

Pada 2011, isu ini dibahaskan di mahkamah Kesatuan Eropah, dan mereka berpendapat tidak ada bukti konkrit untuk menyokong hujah tanpa ‘Blackout’ akan memberikan kesan kepada kehadiran penyokong ke stadium.

Selain itu dengan teknologi yang canggih, peminat masih boleh menonton siaran langsung engan pengstriman di internet, iptv, on the go dan telefon pintar.

ph

Ramai peminat bola sepak di UK menganggap ia peraturan mengarut. Ada yang meluahkan kekecewaan dengan blackout ini.

Mana tidaknya, kos bayaran siaran pakej sukan semakin tinggi namun tidak dapat menonton el-classico.

Apa Kesan Kepada Pengikut El-Classico Di Britain?

Dikhabarkan tiada siaran langsung juga untuk perlawanan El Clasico di Britain pada hujung minggu ini. Ia satu tamparan yang hebat untuk peminat dan pengikut el-classico di Britain.

elc

Lagipun bukan semua perlawanan bola sepak di Britain berlangsung pada waktu el-classico tersebut.  Jadi, pada penyokong yang tidak pergi ke stadium.

Ini kerana pasukan mereka bermain sebelah malam atau hari lain, terpaksalah melupakan untuk menonton el-classico di kaca tv di rumah.

Terpaksalah mencari strim yang tidak sah di internet. Ini kerana secara kebetulan siaran langsung el-classico adalah pada Sabtu ini berlangsung pada 3.15 petang waktu UK. Dan ia di antara waktu Blackout tersebut.

elcb

Pada 2014, peminat Barcelona di UK tidak dapat menyaksikan aksi 15 minit pertama debut Luis Suarez kerana perlawanan el classico bermula pukul 5 petang. Siaran langsung hanya dibenarkan pada 5.15 petang.

Debut Gareth Bale untuk Real Madrid hanya dapat disaksikan oleh peminat beliau terutamanya di Wales kerana peraturan pelik ini.

Barangkali perlawanan Serie A Itali, Bundesliga Jerman dan Liga Super Malaysia tidak dapat disiarkan di UK! Itu pun jika Sky, BT atau Premier Sports membida Liga Super Malaysia, haha!

Adakah konsep ini sesuai dilaksanakan di seluruh dunia?

Bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor dikenal pasti ialah

1. Waktu zon sedunia.

Contohnya, Amerika Syarikat ada liga yang bagus tetapi negara mereka terpecah kepada 4 zon waktu berbeza. Agak sukar untuk melaksanakan konsep sebegini.

Selain itu, ada liga domestik negara Eropah Timur sengaja diawalkan atau dilewatkan bagi mengelakkan bertembung siaran langsung TV liga Eropah yang terkemuka seperti EPL, Bundesliga, La Liga dan Serie A.

2. Budaya Penyokong Di Beberapa Negara 

Ada yang lebih suka menonton di rumah daripada di stadium. Rasanya anda sudah boleh teka negara manakah itu?

Kesimpulan

Setakat ini, FIFA tidak terfikir untuk menyeragamkan arahan sebegini kerana dipercayai mereka tidak mampu untuk mengawalnya.

Senang kata, FIFA pun banyak kerja lain hendak dibuat. Ia lebih kepada kebebeasan untuk memilih, fleksibiliti serta keselesaan masing-masing. Ia bukanlah mandatori!

Bayangkan seorang peminat Real Madrid dari Sepanyol yang belajar di England, tak akan nak memaksa beliau datang ke stadium untuk menyaksikan Sunderland?

Baca juga : Bagaimana Hendak Bermain Taktikal Gegenpressing Di Football Manager 2017?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. Daily Mail
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Kerana Peraturan 'Blackout', Tidak Ada El Classico Di Kaca TV Sabtu Ini



Berita Bola Yang Menarik