“Jadikan Sebagai Medan Timba Ilmu Bukan Ke Separuh Akhir ” – FAM Ubah Sasaran Asal Skuad B-23

Menjelang aksi Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Tashkent, Uzbekistan beberapa hari lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meletakkan sasaran yang dirasakan mereka lebih realistik berdasarkan persiapan dan barisan pemain yang mewakili negara.

Sasaran yang diletakkan persatuan tersebut kali ini mahu para pemain skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) cukup sekadar menimba pengalaman di sana sebaik mungkin agar lebih bersedia pada kejohanan seterusnya.

Menurut Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung FAM, beliau berharap agar skuad kendalian Brad Maloney sekurangnya untuk melepasi peringkat kumpulan dalam kejohanan tersebut.

“Jika sebelum ini kita sasar ke peringkat separuh akhir tapi saya nak perbetulkan kenyataan itu…diharapkan saingan ini dapat dijadikan satu landasan baik menimba ilmu daripada pasukan Asia yang menyertainya (Piala Asia),” katanya kepada Bernama.

Dalam masa sama, beliau juga mengakui sasaran baharu yang dibuat oleh badan induk itu disebabkan lebih bersifat realistik berdasarkan persiapan semasa skuad tersebut.

“FAM bukan tidak berani tetapi sasaran itu kena ‘ukur baju di badan sendiri’. Bukan tak yakin tapi kita kena realistik dalam meletak sebarang sasaran.

“FAM memang tidak meletakkan sasaran namun kita berharap skuad B-23 dapat buat yang terbaik, jadi ia satu pendedahan berguna,” katanya.

Untuk kejohanan yang bakal diharungi barisan muda negara ini, mereka bakal bertemu juara bertahan iaitu Korea Selatan, Thailand, dan Vietnam dalam Kumpulan C.

Aksi-aksi tersebut juga bakal berlangsung di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor yang bertempat di Tashkent.

Saingan Piala Asia B-23 bakal membuka tirai pada 1 Jun ini hingga 19 Jun dengan Malaysia bakal memulakan perlawanan mereka pada 2 Jun menentang Korea Selatan terlebih dahulu.

Skuad kali ini juga tidak membuat sebarang perubahan dalam barisan pemain dengan mengekalkan tonggak pada saingan Sukan SEA lalu seperti Luqman Hakim Shamsuddin, Mukhairi Ajmal, Azri Ghani dan lain-lain.

Walaupun tampil menyakinkan di peringkat kumpulan, Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke final setelah tewas di tangan Vietnam serta gagal untuk sekurangnya meraih gangsa apabila terus dikecewakan oleh Indonesia.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN