Kim Pan-gon Terpegun Sokongan Penyokong & Ultras Malaya – “Ini Yang Kami Nantikan!”

Kim Pan-gon terpegun Ultras Malaya Malaysia Brunei

Malaysia memenangi aksi kedua daripada tiga perlawanan persahabatan di bawah kendalian Kim Pan-gon apabila mengatasi Brunei 4-0 dan ini kali pertama beliau berdepan penyokong dan Ultras Malaya di Bukit Jalil.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukti Jalil itu menyaksikan kehadiran hanya kira-kira suku kapasiti stadium dengan sebahagian besarnya adalah daripada Ultras Malaya.

Mungkin berdepan lawan seperti Brunei menyebabkan sambutan penyokong kurang meriah, namun bagi Kim, beliau sangat menghargai kehadiran dan sorakan-sorakan penyokong terutamanya daripada Ultras Malaya.

Sejak mengambil alih sebagai pengendali, Kim belum lagi pernah lagi berdepan dengan penyokong di Bukit Jalil. Dua aksi persahabatan menentang Filipina dan Singapura telah berlangsung secara berpusat di Singapura.

Malah sebelum ini beliau pernah menyatakan keterujaannya untuk melihat sokongan tidak berbelah bahagi penyokong Harimau Malaya di halaman sendiri untuk menyuntik semangat dan tenaga buat mereka.

Walaupun kehadiran penyokong kurang memberangsangkan, namun ia dijangka akan meningkat menjelang aksi persahabatan kedua bertemu Hong Kong pada Rabu dan diikuti tiga aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal dijalankan di tempat yang sama. Malaysia akan berdepan Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

“Seperti biasa, ia adalah sokongan yang sangat membantu daripada Ultras Malaya. Ini yang kami nantikan. Mereka bersorak dan menyokong kami. Keseluruhannya kami sepatutnya memberikan aksi lebih baik.

“Begitupun, kami sangat menghargai penyokong bola sepak Malaysia yang hadir menyokong terutamanya Ultras Malaya yang menunjukkan semangat menyokong. Secara peribadi, untuk saya, saya lebih ‘enjoy’ dengan sorakan penyokong berbanding aksi perlawanan. Tetapi, selepas ini permainan kami harus lebih baik. Mungkin berdepan lawan yang lebih sukar, kami akan hasilkan aksi lebih baik.”

Kim Pan-gon, sidang media selepas perlawanan Malaysia-Brunei

Beliau menyatakan sedikit kekecewaan mereka melepaskan deretan peluang untuk meledak gol untuk lebih menggembirakan penyokong, namun tidak menyalahkan sepenuhnya pemainnya yang baginya bukan robot.

Malaysia berpeluang menang dengan jurang lebih besar, namun beberapa percubaan boleh gol telah dilepaskan oleh barisan pemain Harimau Malaya yang menyaksikan hanya empat jaringan terhasil dalam 90 minit.

Empat gol tersebut hadir menerusi Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba, Faisal Halim dan Guilherme de Paula.

Malah, para penyokong dikesan memberi sokongan moral buat de Paula apabila beliau diturunkan oleh Kim pada awal babak kedua menggantikan Syafiq. Ia sesuatu diluar jangkaan apabila sorakan diberikan kepadanya yang menerima kritikan saban hari di media sosial apabila namanya diumumkan ke kem skuad kebangsaan.

Bagi para penyokong, rasanya belum terlambat untuk anda mendapatkan Tiket Kombo RM100 untuk semua perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung di Bukit Jalil pada 8 hingga 14 Jun depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN