Hatrik Arif Aiman Hanapi dan kemenangan 6-1 membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) ke pentas akhir Piala FA 2022 malam tadi dan pemain ini menjadi titik tumpuan oleh dua kamera saat kembali ke bangku simpanan.
Barangkali ia satu malam yang sukar dilupakan oleh pemain meningkat naik itu apabila berjaya melakar hatrik pertama dalam kariernya dan ia dicipta di pentas separuh akhir yang membawa JDT ke perlawanan akhir.
Arif akan sentiasa mencipta sensasi dan impaknya yang tersendiri dalam sesuatu perlawanan dan dalam perlawanan ini, hatriknya adalah satu perkara yang bakal dikenang olehnya dan semua pihak selepas ini.
Hat-trick hero!@OfficialJohor are through to the 🇲🇾 @MFL_MY FA Cup final, as Arif Aiman scored thrice to inspire them to a huge victory over @Penang_FC last night! #PialaFA2022 pic.twitter.com/uIMq010tad
— ESPN Asia (@ESPNAsia) August 6, 2022
Arif Aiman jadi tumpuan dua kamera saat kembali ke bangku simpanan
Selepas berjaya melangkapkan hatrik pada minit ke-62, Arif Aiman telah dibawa keluar oleh pengendali, Hector Bidoglio pada minit ke-78 dengan memasukkan Safawi Rasid sebagai pengganti. Dan detik-detik beliau kembali ke bangku simpanan itu dilihat telah menjadi titik tumpuan dua buah kamera – profesional dan juga amatur.
Saat lensa kamera yang membawakan siaran langsung turut memberi fokus kepada pemain berusia 20 tahun itu, terselit kamera daripada sebuah telefon pintar di belakang Arif yang digunakan oleh gadis yang berada di tempat duduk belakang bangku simpanan JDT untuk merakamkan gambar pemain itu dengan secara dekat.
Pelbagai riak wajah gadis itu menunjukkan beliau sedang gigih untuk merakam detik dan imej terbaik pemain itu, namun tanpa disangka-sangka, wajahnya pula telah dirakam lensa kamera yang berada di tepi padang.
Dan pengendali kamera tersebut juga dilihat seperti sengaja membiarkan rakaman tersebut lebih lama di situ.
Ia malam yang akan dikenang Arif yang akhirnya melakar jaringan hatrik sulung dalam kariernya. Jika sebelum ini, Arif lebih dikenali dengan penggerak jentera serangan JDT dan Malaysia serta penghantar bola terbaik di Malaysia, malam tadi kita dapat lihat satu lagi sisi lainnya iaitu kemampuannya untuk membuat penyudah.
The photo The photographer pic.twitter.com/OuS68SnxmT
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) August 5, 2022
Arif Aiman juga adalah penghantar bola yang terbaik di Liga Malaysia
Menurut sebuah pasukan scouting yang berpusat di Sepanyol, We Are Scouting, beliau ada penghantar bola yang cemerlang. Ia diciap sekitar bulan Jun yang lalu ketika Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Asia.
“Bakat unik Malaysia yang menarik perhatian para pemerhati bakat kami, selepas melalui kempen yang cemerlang di peringkat kumpulan, AFC Champions League [ACL]. Pemain sayap muda dari Malaysia yang menjadi penghantar yang mempunyai kemampuan untuk menghantar bola ke ‘pinggan’ penyerang.”
Twitter We Are Scouting
Apa yang dimaksudkan oleh laman Twitter itu adalah, Arif mampu membuat hantaran tepat kepada penyerang umpama mereka hanya menanti untuk menyelesaikannya di depan gawang. Itu kemampuan hantaran Arif.
Selain memiliki hantaran yang hampir tepat – sekitar 50 peratus ketepatan, Arif merupakan pemain terbanyak membuat hantaran lintang dalam tempoh 90 minit aksi iaitu lebih daripada enam, jauh meninggalkan Manuel Hidalgo, Faisal Halim, Quentin Cheng, Hein Htet Aung dan Adib Raop yang merekodkan bawah empat hantaran.
“Hantaran Umpama ‘Terletak’ Atas Pinggan Penyerang” – Manfaatkan Arif Aiman Berdepan Turkmenistan
Itu adalah statistik di liga. Di ACL, berdasarkan statistik oleh Sofascore, beliau memiliki hantaran tepat sebanyak 85 peratus dalam lima perlawanan yang beliau diturunkan. Pada usia 19 tahun, ia cukup memberangsangkan disamping membantu JDT untuk mara ke pusingan 16 terbaik – kelab pertama dari Malaysia melakukannya.
Adakah Arif kini akan mula menjadi fokal penyudah buat JDT juga? Sebelum ini beliau lebih berfungsi sebagai penghantar bola. Ini mungkin satu tambah nilai terbaik buat pemain ini dalam membina kariernya. Bukan sahaja wonderkid, beliau juga digelar sebagai Revolusi Harimau Selatan oleh bekas pengendali, Benjamin Mora.
Itulah faktor beliau sentiasa jadi titik tumpuan di mana sahaja dirinya berada – lensa profesional atau amatur.