Lee Mason secara rasminya sudah meninggalkan Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) dan beliau tidak akan pernah menguruskan VAR dalam mana-mana perlawanan di pentas Premier League lagi.
Mason merupakan pengadil yang menguruskan VAR ketika aksi pertemuan antara Arsenal bertemu Brentford pada hujung minggu lalu dan beliau teruk dihentam peminat atas persembahannya pada hari tersebut.
Pengadil berusia 51 tahun itu tersilap kerana membenarkan gol penyamaan Brentford yang dijaringkan oleh Ivan Toney walau sebenarnya Christian Norgaard jelas berada dalam kedudukan offside ketika menghantar bola kepada pemain penyerang mereka.
PGMOL Statement: Lee Mason pic.twitter.com/u06YKeDx5S
— PGMOL (@FA_PGMOL) February 17, 2023
Apa yang lebih mengecewakan lagi, tular berita yang mendedahkan bahawa Mason sebenarnya terlupa melukis garisan offside ketika beliau menilai situasi tersebut.
Arsenal benar-benar terkesan dengan kesilapan itu dek kerana mereka hilang dua mata penting yang mengganggu perjalanan mereka untuk menjuarai saingan Premier League musim ini.
Kesilapan Lee Mason itu juga menyebabkan ketua PGMOL, Howard Webb terpaksa tampil untuk meminta maaf kepada Arsenal.
Terbaru, PGMOL telah mengumumkan yang Lee Mason sudah meninggalkan PGMOL atas persetujuan bersama.
Lee Mason will no longer officiate in the Premier League after leaving PGMOL by mutual consent.
The Video Assistant Referee was responsible for an offside error in Arsenal's 1-1 draw with Brentford. pic.twitter.com/t7U8jODv6L
— B/R Football (@brfootball) February 17, 2023
Sebelum bertugas mengendalikan VAR, Lee Mason sebenarnya sudah menjadi pengadil selama 15 tahun dan sudah mengadili 287 perlawanan di pentas utama bola sepak Inggeris.
Awal minggu baru-baru ini, pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah menerima permohonan maaf dari PGMOL, namun beliau tetap melemparkan kritikan kepada Mason.
Arteta mendedahkan bahawa:
“Saya hanya akan berpuas hati jika mereka mampu bagi balik dua mata kami.”
Jelas pengurus Arsenal itu.
I know this doesn’t need saying but…
Lee Mason didn’t “forget” to draw the lines
The man born and bred in Manchester, who also ruled out Martinelli’s goal against Man Utd, CHOSE not to draw the line
This is egregious cheating pic.twitter.com/yRPRHMpypT
— Rory Talks Football (@Rory_Talks_Ball) February 12, 2023
“Saya hargai keikhlasan mereka, permohonan maaf yang tulus, tapi itu tak ubah fakta yang kami dah hilang dua mata. Semua orang buat silap tapi itu hal berbeza. Saya tak terima dan kelab juga tak terima.”
“Kami sangat marah dan kecewa kerana itu bukan kesilapan manusia, itu kamu ada salah faham besar dalam kerja kamu. Itu sama sekali tidak boleh dimaafkan, saya minta maaf. Ia jadi punca Arsenal hilang 2 mata, kami harus jadi dua mata itu di tempat lain dalam liga.”
Ia merupakan minggu yang sangat mengecewakan untuk pengadil-pengadil dalam saingan Premier League, dengan John Brooks juga turut dihentam kerana melakukan kesilapan.
Brooks menjadi punca gol pembukaan Brighton yang dijaringkan oleh Pervis Estupinan dibatalkan kerana beliau tersilap mengukur garisan offside.
BYE LEE MASON 👋 He will not referee in the Premier League again after his COLOSSAL mistake during the #Arsenal vs Brentford game. pic.twitter.com/aVF59HIuFx
— Arsenal News Channel (@Arsenalnewschan) February 17, 2023
Beliau mengukur garisan offside pada pemain pertahanan yang salah dan menyebabkan gol tersebut dibatalkan.
Dek kerana masalah sama terlalu kerap berlaku, Webb kini melakukan seminar untuk mengajar dan mendesak pengadil supaya lebih mahir dalam mengendalikan VAR di masa hadapan.