‘Jadi Mangsa Lelaki Mengamuk’- Bintang Arsenal Kena Tikam Di Itali

Pemain pertahanan Arsenal, Pablo Mari menjadi mangsa seorang lelaki yang sedang mengamuk di Itali dengan beliau telah ditikam ketika sedang berbelanja di sebuah pusat membeli belah.

Pemain berusia 29 tahun itu pada ketika ini sedang beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Monza dan beliau merupakan salah seorang dari lima mangsa yang ditikam oleh seorang lelaki yang sedang mengamuk.

Mari pada ketika ini difahamkan sedang berada di Hospital dalam keadaan sedarkan diri.

Jurulatih skuad utama Monza, Raffaele Palladino dan CEO kelab, Adriano Galliani turut sudah berada di hospital untuk melawat Pablo Mari.

Walau bagaimanapun, tiga dari lima mangsa yang terlibat dilaporkan sedang berada dalam keadaan yang agak kritikal pada ketika ini.

Insiden mengerikan itu berlaku di sebuah pasaraya, Carrefour di Milanofiori di Assago Mall berhampiran bandar Milan pada jam 6:30pm (waktu tempatan Itali).

Laporan dari media Itali menyatakan bahawa lelaki yang mengamuk itu merupakan penduduk tempatan dan beliau sudah berusia 46 tahun pada ketika ini.

Lelaki tersebut mengambil pisau di dalam pasaraya tersebut dan beliau mula menikam orang ramai menggunakan pisau tersebut.

Individu yang mengamuk itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak polis dan sedang disoal siasat pada ketika ini.

Bercakap selepas kekalahan 2-0 Arsenal di tangan PSV Eindhoven dalam saingan Europa League malam semalam, Mikel Arteta mendedahkan bahawa:

“Saya baru tahu. Saya tahu Edu sudah berhubung dengan keluarga dia. Dia sekarang berada di hospital tapi sepertinya keadaan dia baik-baik sahaja.”

Jelas Mikel Arteta.

“Pablo Mari mengalami luka yang agak parah, tapi mujur sahaja luka itu tidak terkena organ-organ penting seperti jantung atau paru-paru atau apa sahaja.”

“Nyawa dia tidak berada dalam bahaya, dia akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi. Dia ada luka besar, tapi tak begitu teruk. Dia masih sedar dan luka dia sudah dijahit.”

Monza sendiri turut ada mengeluarkan kenyataan di laman media sosial milik mereka dengan menyatakan bahawa:

“Kepada Pablo, kami semua ada di sini bersama kamu dan keluarga kamu, kami peduli tentang kamu, teruskan berjuang seperti mana kamu biasa lakukan, kamu seorang pejuang dan kamu akan sembuh tak lama lagi.”

Mari menyertai Arsenal pada Januari 2020 menerusi perjanjian pinjaman dengan beliau kemudiannya dibeli terus oleh Gunners.

Beliau sudah beraksi 19 perlawanan bersama Arsenal dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu pada ketika ini sedang beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Monza selepas beliau pada musim lalu beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Udinese.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN