Mamu Jackson Bakal Jadi Jurulatih Pasukan Perlis?

Bekas pengendali pasukan Pulau Pinang, Jackson Tiago atau dikenali sebagai Mamu Jackson dikhabarkan semakin hampir menjadi pengendali pasukan Perlis.

Hal ini kerana situasi pasukan Perlis yang semakin kritikal selepas menjadi satu-satunya pasukan di Liga Perdana yang belum menang sebarang perlawanan setakat ini.

Perlis hanya mampu seri 2 dan kalah 5 sambil hanya berjaya menjaringkan 6 gol dan bolos 16.

Kedudukan terancam

Kedudukan terkini pengendali Perlis iaitu Razip Ismail semakin terancam selepas pasukannya beraksi longlai dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Dan dikhabarkan Jackson kini berada di Kangar untuk menonton perlawanan Perlis tempoh hari.

Namun begitu menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Jackson berkata beliau berkemungkinan besar tidak akan kembali ke Liga Malaysia buat masa terdekat.

Hal ini kerana, beliau yang kini menjadi jurulatih Barito Putera di Liga Indonesia berkata beliau tidak akan kembali ke Malaysia kerana beliau sudah selesa dengan pasukannya di negara seberang.

Lebih menguatkan jawapan beliau tidak akan ke Perlis adalah kerana beliau sudah pun membawa Matias Cordoba yang merupakan bekas pemain import Pulau Pinang musim lalu.

Baca juga: Pulau Pinang Berhadapan Dengan Melaka United, Misi Mencari Mata!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN