Pulau Pinang Berhadapan Dengan Melaka United, Misi Mencari Mata!

Pulau Pinang berhadapan dengan musim paling sukar dalam sejarah pasukan mereka.

Kalah kesemua 6 perlawanan setakat ini dengan hanya menjaringkan 2 gol dan dibolosi dengan 14 gol.

Di luar padang mereka banyak lagi isu yang melanda pasukan Harimau Kumbang ini.

Lawan mereka pula adalah pasukan yang setakat ini mendapat lebih banyak mata di tempat lawan berbanding dengan tempat sendiri.

Pasukan tersebut adalah Melaka.

Prestasi semasa

Pulau Pinang masih gagal menang mana-mana perlawanan setakat ini dalam kempen Liga Super.

Mereka berada di tangga tercorot Liga Super.  Hanya 6 mata dari zon selamat

Mereka hanya menang 1 daripada 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Kemenangan itu dari perlawanan Piala FA.

Melaka setakat ini berjaya mengutip 7 mata daripada saingan liga dan berada di tangga ke -7 dan hanya 2 mata dari zon penyingkiran.

Gambar: Nazrulhad Hashim/Asiana

Rekod pertemuan

6 pertemuan terakhir mereka. 5 daripadanya dimenangi oleh Pulau Pinang.

Melaka hanya menang sekali daripada 6 perlawanan terakhir tersebut. Kemenangan itu hadir dalam pertemuan terakhir mereka musim lalu.

5 daripada 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan kemenangan tipis 1 gol.

Ashley Westwood vs Eric Williams

Ini adalah pertembungan pertama kedua-dua pengendali ini. Kedua-dua mereka ada tekanan tersendiri.

Ekspektasi yang tinggi ke atas 2 jurulatih ini antara tekanan yang harus dihadapi oleh mereka.

Westwood memiliki CV yang baik di bola sepak India namun di Malaysia setakat ini, segalanya serba tidak menjadi.

Cabaran lebih besar untuk memenangi hati penyokong Pulau Pinang dan memberitahu; ‘inilah falsafah bola sepak yang saya mahukan.’

Penang player Mohd Faiz Subri (blue) celebrate goal during 2017 Malaysia Super League match against Kedah’s at Darulaman Stadium. photo by Irzan Ariffin/ www.asiana.my

Eric Williams pula ada masalah dengan konsistensi di dalam pasukan beliau.

Beberapa masalah kecederaan dan kecergasan melanda Melaka United pada awal musim ini.

Namun Eric Williams memiliki unit squad depth yang lebih baik.

Fakta perlawanan

  • Pulau Pinang sudah tewas 6 perlawanan pembukaan, hanya PDRM FA pada 2009 lebih teruk dengan kalah 11 perlawanan pertama sejak Liga Super 2004
  • Pulau Pinang hanya menang 2 daripada 10 perlawanan terakhir di tempat sendiri
  • Melaka pula cemerlang dengan menang 6 daripada 10 perlawanan terakhir di tempat lawan
  • Kesemua 7 mata pasukan Melaka musim ini setakat ini adalah dari perlawanan away

Sebelum wisel

Perlawanan ini bertekanan tinggi untuk kedua-dua pasukan walaupun ia lebih tinggi kepada Pulau Pinang.

Pulau Pinang ada masalah penyudah dan juga pertahanan yang kritikal. Mampukah mereka memperbaikinya kali ini?

Melaka pula ada masalah ketajaman di hadapan gol. Mereka juga sukar untuk menang dengan margin tipis pada musim ini.

Siapakah yang akan menang?

Baca juga: Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN