RASMI: Jack Wilshere Rentas Kota London Untuk Sertai West Ham United

Spekulasi kini telah pun habis. Jack Wilshere kini punya kelab baharu!

Bekas pemain Arsenal itu membuat keputusan untuk menolak tawaran beraksi di luar negara untuk kekal beraksi di negaranya bersama kelab London yang lain iaitu West Ham United.

Ia merupakan satu kepulangan buat Wilshere kerana menurut beliau, perpindahan ini membuatkan beliau kembali ke kelab yang biasa beliau sokong sewaktu kanak-kanak.

Menurut Wilshere, beliau mempunyai pengalaman yang cukup indah menyokong West Ham United semasa mereka beraksi di Upton Park.

“Ia cukup istimewa bagi saya. Ramai orang tahu hubungan istimewa saya dengan kelab ketika saya membesar.”

“Saya punya memori indah melihat West Ham United beraksi ketika mereka bermain di Upton Park satu masa dulu.”

“Ia merupakan satu perasaan yang cukup menarik untuk keluarga saya dan beberapa rakan saya yang menyokong West Ham United.”

“Mereka sangat teruja dengan berita perpindahan saya!”

Perpindahan Wilshere ke West Ham United dilakukan atas dasar perpindahan percuma.

Beliau menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama pasukan kendalian Manuel Pellegrini itu.

Wilshere dikatakan akan terus ke Switzerland untuk bersama-sama Pellgerini dan rakan-rakan yang lain untuk sesi kem latihan pra-musim mereka di sana.

Di pihak kelab, mereka cukup gembira kerana berjaya menewaskan beberapa kelab lain untuk mendapatkan khidmat beliau.

“Saya dan Manuel Pellegrini telah mengenalpasti beliau sebagai sasaran kami seusai kami tidak di kelab dan kami gembira dapat menewaskan beberapa kelab lain untuk mendapatkan beliau,” kata Mario Husillos – Pengarah Bola Sepak West Ham United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN