Luis Enrique Sah Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Sepanyol

Sepanyol kini bertemu dengan pengendali baharu mereka selepas mengharungi episod penuh haru biru sebelum dan semasa Piala Dunia 2018.

Mereka kini melantik bekas pengurus AS Roma dan juga Barcelona, Luis Enrique sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Sepanyol.

Beliau yang sebelum ini dikaitkan sebagai pengganti Arsene Wenger untuk jawatan pengurus Arsenal telah mengikat perjanjian dengan Sepanyol FA untuk melatih pasukan kebangsaan selama 2 tahun.

Pelantikan beliau diumumkan menerusi Presiden Sepanyol FA sendiri iaitu Luis Rubiales.

Menurut beliau, Rubiales amat gemarkan komitmen yang ditunjukkan oleh Enrique kerana kemahuan beliau untuk melatih pasukan negaranya.

Hal ini dibuktikan apabila Enrique ada menolak tawaran untuk menguruskan pasukan lain dengan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding gaji menguruskan pasukan Sepanyol.

“Perlantikan Luis Enrique sebagai jurulatih baharu pasukan Sepanyol adalah hasil persetujuan semua pihak.”

“Saya sukakan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau ada tolak tawaran yang lebih lumayan untuk melatih Sepanyol!”

Menurut Rubiales lagi, Enrique merupakan seorang calon jurulatih yang lengkap untuk Sepanyol.

“Malah beliau adalah seorang jurulatih yang mempunyai semuanya yang kami perlukan di pasukan kebangsaan.”

Tugas pertama beliau adalah untuk mengendalikan skuad Sepanyol dalam musim sulung UEFA Nations League yang akan bermula pada bulan September ini.

Ujian pertama beliau adalah menentang skuad England di Wembley.

Sepanyol tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2018 selepas tewas di tangan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti.

Julen Lopetegui dipecat sehari sebelum kejohanan bermula dengan Fernandon Hierro mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Lopetegui.

Selepas kempen Sepanyol berakhir, Hierro meninggalkan semua jawatan yang dimiliki beliau dalam skuad Sepanyol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN