Berang Dibentes Pihak Lawan, Jack Wilshere Mengamuk Ketika Perlawanan Arsenal U-23

Jack Wilshere merupakan antara pemain yang sering mendapat kecederaan sepanjang kariernya.

Musim lalu, beliau telah dipinjamkan ke Bournemouth oleh Arsenal dan boleh dikatakan beliau mempunyai sesi pinjaman yang berjaya pada musim lalu.

Kini beliau kembali ke Arsenal dalam usaha untuk kembali ke dalam skuad utama Arsene Wenger, namun beliau perlu membuktikan diri beliau masih lagi berguna untuk mereka selepas baik dari kecederaan.

Untuk itu, beliau perlu bermain perlawanan bersama skuad muda untuk mendapatkan prestasi beliau.

Dalam perlawanan antara Arsenal U-23 menentang Manchester City U-23, Wilshere telah pun dikenakan kad merah ketika perlawanan.

Semuanya bermula dengan baik apabila Arsenal U-23 berjaya mendahului dengan jaringan 4-1.

Namun semuanya menjadi tidak tentu hala selepas pemain Manchester City U-23 iaitu Matthew Smith melakukan terjahan keras terhadap Wilshere.

Berang dengan tindakan itu, Wilshere bertindak agresif dengan menolak Smith ke tanah dan kemudiannya melakukan kekasaran kepada seorang lagi pemain Manchester City U-23 – Tyreke Wilson.

Beliau dan Wilson kemudiannya dibuang padang oleh pengadil kerana terlibat dalam pergaduhan. Perlawanan itu dimenangi Arsenal U-23 dengan jaringan 4-3.

Apa yang terjadi ini nyata memberikan reputasi buruk kepada beliau memandangkan beliau merupakan pemain senior dan dibuang pula ketika perlawanan bersama-sama skuad muda.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Jack Wilshere: Arsenal midfielder sent off against Man City Under-23s; http://www.bbc.com/sport/football/41007624

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN