Apa Beza African Nations Championship dengan African Cup of Nations?

Bunyinya seakan sama, namun mempunyai nama berbeza. Apatah lagi jika ia diterjemahkan dalam bahasa Malaysia. Kali ini, kami akan merungkai perbezaan kejohanan ini.

African Cup of Nations (AFCON)

Ia kali pertama dianjurkan pada 1957, kira-kira 60 tahun yang dahulu. Kejohanan ini dianjurkan dua tahun sekali.

Pemenang kejohanan ini akan ditawarkan slot ke Piala Konferedasi. Mulai edisi 2019 di Cameroon, 24 negara akan bertanding dalam pusingan akhir.

Pemain dari benua Afrika diserata pelusuk dunia dibenarkan dipanggil skuad negara untuk beraksi dalam kejohanan ini. Termasuk juga dengan pusingan kelayakan.

African Nations Championship (CHAN)

Trofi CHAN yang bakal direbut 16 negara.

Kejohanan ini baru diwujudkan dan diadakan pada 2009. Namun, ia telah memasuki edisi kelima tahun 2018.

Kejohanan ini dianjurkan dua tahun sekali. Kenya pula akan menganjurkan pertandingan ini pada 2018. 16 pasukan pula mengambil bahagian termasuk tuan rumah.

Perbezaan format amat ketara dalam kejohanan ini. Pertamanya, hanya pemain tempatan bermain di liga negara asalnya itu sahaja dibenarkan beraksi untuk kejohanan ini. Dalam kata lain, pemain import tidak boleh dipanggil negaranya walaupun beliau beraksi di kelab di benua Afrika atau luar Afrika.

Contohnya, Amr Zaky dari Mesir tetapi bermain di kelab Maghribi. Beliau tidak boleh bermain di kejohanan ini untuk mewakili Mesir. Sekiranya beliau bermain di kelab Mesir, beliau layak untuk bermain dalam kejohanan ini.

Libya memenangi CHAN pada 2014.

Format kelayakan pula mengikut zon-zon. Tahukah anda bahawa Afrika juga mempunyai pengasingan zon mengikut sudut geografi.

Afrika mempunyai 5 zon iaitu Utara, Tengah, Barat, Timur dan Selatan. Namun begitu, setiap zon ini tidak diberikan slot sama banyak untuk kejohanan ini.

Zon Barat mendapat 5 slot manakala Zon Tengah 3 slot. Zon Timur meraih 3 slot termasuk tuan rumah. Zon Selatan juga mendapat 3 slot. Baki 2 tempat diisi Zon Utara.

Perkara yang menarik juga, kejohanan ini turut dikira dalam ranking FIFA! DR Congo menjadi juara paling terbanyak iaitu 2 kali. Tetapi, pemenang tidak layak ke Piala Konfederasi FIFA.

Kesimpulan

Kewujudkan kejohanan ini amatlah dipuji kerana ia memberikan peluang pemain tempatan meraih kejayaan. Malah, African Cup of Nations dilihat amat mencabar daripada kejohanan ini.

Perkara yang perlu anda tahu, Afrika antara pengimport pemain bola sepak bermutu dunia! Adakah Asia mampu mewujudkan kejohanan mirip seperti ini?

Sumber:

  1. The Guardian (2016): African Nations Championship in Rwanda gives domestic talent a chance; https://www.theguardian.com/football/blog/2016/jan/15/african-nations-championship-in-rwanda-gives-domestic-talent-a-chance
  2. BBC (2009): New tourney kicks off; http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/africa/7899499.stm

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN