Jack Rodwell sudah menjalani ujian perubatan awal untuk melengkapkan perpindahan ke Roma, namun pemain itu harus menunggu kerana saingan dari seorang lagi pemain tengah yang turut dipertimbangkan oleh kelab Serie A Itali itu.
Rodwell menjalani latihan bersama Roma di pusat latihan Trogoria pada Jumaat lalu, dan sudah melengkapkan ujian fizikal.
Namun demikian, Roma pada masa yang sama turut sedang menguji pemain skuad kebangsaan Liectenstein, Marcel Buchel.
? Former Everton player Jack Rodwell has been offered to Italian giants AS Roma as they search for short term cover due to their injury problem
(SOURCE – Corriere dello Sport) pic.twitter.com/IDJCi36KFt
— The Toffee Blues (@EvertonNewsFeed) October 24, 2019
Buchel memiliki 16 kaps bersama negaranya, sebelum ini beraksi bersama Empoli dan turut pernah menyarung jersi Bologna, Verona dan Cremonese.
Rodwell yang merupakan bekas pemain Everton, Manchester City dan Sunderland – pernah dicanang sebagai wonder kid – adalah ejen bebas selepas dilepaskan oleh Blackburn Rovers pada Jun lalu.
Beliau sempat melakukan 23 penampilan dan menjaringkan satu gol untuk kelab Championship tersebut.
Jack Rodwell will undergo his medicals tomorrow with AS Roma. He can sign as free agents – Roma need midfielders after many injuries. If medicals will be ok, Rodwell is going to sign until June 2020. ? #transfers
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 24, 2019
Kali terakhir Rodwell beraksi dalam perlawanan kompetitif ialah ketika Blackburn Rovers tewas 2-1 kepada Norwich pada April lalu.
Roma terpaksa mencari pemain tengah baharu selepas kecederaan yang menimpa Henrikh Mkhitaryan, Bryan Cristante, Lorenzo Pellegrini dan Amadou Diawara pada dua bulan pertama saingan pada musim ini.
Pada satu ketika pengendali pasukan, Paulo Fonseca terpaksa menurunkan pemain pertahanan Gianlica Mancini untuk bermain di posisi tengah kerana ketiadaan pilihan.