Jack Grealish: Pemain Muda Yang Terlalu Bagus Untuk Liga Bawahan

Di kala penyokong Aston Villa masih lagi terkesan dengan kelakalahan tipis ketika play-off ke Liga Perdana kepada Fulham, episod derita mereka kian bertambah.

Terbaru, kelab yang berpengkalan di Birmingham itu terpaksa menjual asset-asset kelab demi mematuhi peraturan FFP (UEFA Financial Fair Play), termasuklah pemain muda terbaik mereka- Jack Grealish yang  baru berusia 22 tahun.

Sayangkan Villa Sepenuh Jiwa

Melalui akaun Instagram Jack, beliau dengan jelas membayangkan bahawa Villa adalah kelab kesayangannya.

Melalui gambar ini, Jack yang membesar sebagai ‘anak jati’ Birmingham, memberitahu peminat Villa bahawa beliau suka bermain untuk mereka.

Ia juga mungkin isyarat bahawa apapun akan terjadi dalam beberapa hari lagi, beliau akan tetap sayangkan kelabnya.

Jack tidak mahu meninggalkan Villa. Jika beliau pergi, peminat skuad The Villains akan faham mengapa beliau pergi. Jika beliau kekal, beliau akan diangkat menjadi lagenda di Villa Park.

Prospek Yang Sangat Mengujakan

Jika ditanya kepada pemerhati bola sepak, Jack adalah antara pemain paling menyerlah dalam liga Championship biarpun pada usia yang sangat muda.

Selain itu, beliau matang dan cepat menyesuaikan diri dalam pasukan serta sering memperbaiki permainannya dari tahun ke tahun.

Tidak hairanlah pengurus Villa, Steve Bruce sendiri pun percaya yang Jack adalah pemain yang terlalu bagus untuk liga divisyen kedua England, malah boleh bermain dengan baik dalam mana-mana kelab Liga Perdana.

Bruce juga pernah berkata yang Jack cukup bagus untuk menyertai skuad England ke Piala Dunia, tetapi slotnya terlepas kerana Aston Villa hanya bermain di Liga Championship.

Dalam statistik yang dikeluarkan oleh whoscored.com, Jack Grealish yang bermain di posisi pemain tengah (CM) telah melakukan 30 penampilan untuk Villa sepanjang musim lalu dengan 22 darinya adalah kesebelasan utama.

Dalam tempoh itu, purata prestasi Jack adalah 7.36 dari 10, dengan 85.6% dari keseluruhan hantarannya adalah berjaya. Harus diingat bahawa Jack baru berusia 22 tahun dan kekuatan utamanya adalah memegang bola dan menggelecek, selain membuat hantaran penting (key passes).

Kemana Arah Tuju Grealish Selepas Ini?

Beberapa hari lepas, pemilik kelab Aston Villa, jutawan China Tony Xia menyatakan bahawa mereka hanya akan melepaskan Grealish dengan harga 40 juta Pound.

Mahu atau tidak, mereka terpaksa akur dengan peraturan FIFA Finanacial Fair Play setelah berbelanja besar sepanjang 2 musim lepas tetapi masih gagal ke Liga Perdana setelah tewas kepada Fulham sewaktu perlawanan play-off.

Malahan, ada juga spekulasi yang menyatakan Tony sudahpun bosan dengan Villa dan bakal menjual keseluruhan kelab pada harga 100 juta Pound.

Antara kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan Grealish adalah Tottenham, West Ham, Leicester dan juga Arsenal.

Di Tottenham, Jack mempunyai teman rapat disana iaitu Dele Alli. Dele juga dikatakan sering bercerita kepada Jack mengenai perlawanan bola sepak antarabangsa dan pengalamannya di pentas Liga Juara-Juara.

Jika Jack mahukan tekanan yang lebih rendah, Leicester adalah destinasi yang tepat. Jack juga boleh bermain bersama dua rakannya sewaktu mewakili Englad B-22, Ben Chilwell dan Demarai Gray, selain hampir keseluruhan skuad The Foxes yang dibarisi pemain-pemain muda.

Jika Mahrez berpindah keluar dari King Power Stadium, kelab tersebut bukan sahaja bakal mempunyai wang yang cukup untuk membidanya, malah peluang bermain di kesebelasan utama semakin cerah untuk Jack.

Bagi Arsenal, jika benar Jack Wilshere dan Aaron Ramsey berpindah, Jack Grealish adalah pilihan yang tepat kerana skuad baru Unai Emery itu memerlukan pemain tengah yang muda, matang dan lebih penting, berdarah British.

Jadi, ke manakah langkah Jack Grealish selepas ini? Hanya masa sahaja yang akan menentukan. Apa kata anda?

Kredit Foto: Birmingham Mail, SkySports, 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN