Mourinho Pertimbang Latih Portugal, Jika Letih Bergelar Pengurus Kelab

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau akan melihat kepada idea melatih skuad kebangsaan Portugal jika beliau sudah bosan dengan pengurusan di peringkat kelab,

Namun demikian, pengurus berusia 55 tahun itu tidak melihat kemungkinan terebut daripada berlaku dalam masa terdekat.

Ketika bercakap dalam satu temubual dengan majalah, GQ Magazine, Mourinho dipetik sebagai berkata:

Mourinho
(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Kemungkinan itu untuk berlaku masih jauh. Cara saya lebih sesuai untuk pengurusan di peringkat kelab. Ini kerana saya mahukan perlawanans setiap minggu. Saya mahu menjalani latihan setiap hari.”

“Saya tidak penat melatih kelab, malah lebih bersemangat berbanding beberapa tahun yang lalu.”

Mourinho turut berkata beliau yakin Portugal yang di bawah bimbingan Fernando Santos mampu beraksi dengan cemerlang di Rusia.

(Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

“Portugal layak ke separuh akhir pada 2006, dan merupakan juara eropah pada 2016. Ini bermakna Portugal adalah salah sebuah pasukan yang hebat.”

“Sudah tentu Portugal boleh melakukan apa sahaja. Mampukah mereka menjadi juara dunia? Saya tidak berani berkata sedemikian. Namun pasukan ini mampu menewaskan sesiapa sahaja.”

Mourinho turut berkata kapten pasukan Cristiano Ronaldo mempunyai pengaruh yang sama seperti Lionel Messi bersama Argentina. Beliau turut berkata kedua-dua pemain menjadikan pasukan negara masing-masing lebih kuat, berbanding apa yang dilihat dengan mata kasar.

Z (Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

“Argentina dan Portugal akan menyerlah. Begitu juga Brazil kerana mereka ada jurulatih seperti Tite yang berkebolehan dengan kepelbagaian taktikal termasuk bertahan. Brazil juga mempunyai ramai bakat individu dan merupakan pasukan yang perlu diberi perhatian.”

“Di kalangan pasukan Eropah, Sepanyol tampak mengancam. Mereka memiliki gabungan pemain baru yang berkualiti dan pengalaman.”

“Tetapi di dalam Piala Dunia, apapun boleh berlaku. Ia penuh dengan elemen kejutan,” ujar Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN