Jabatan Imegresen Setuju Membantu Memudahkan Pendaftaran Pemain Dan Pegawai Asing

FAM, FMLLP dan Jabatan Imgeresen Malaysia telah menjalinkan kerjasama khas dalam membantu untuk memudahkan pendaftaran pemain dan pegawai dari luar negara.

FAM diwakili oleh Setiusaha Agung, Dato’ Hamidin Mohd Amin manakala Jabatan Imigeresen Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah, Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Mustafar Haji Ali.

FMLLP pula diwakili oleh Mohd Shazli Shaik Mohd, yang merupakan Ketua Unit Pertandingan FMLLP.

Antara isu utama yang dibincangkan adalah untuk memperkemaskan lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkaitan dengan pendaftaran pemain dan pegawai dari luar negara.

Seterusnya adalah mengenalpasti beberapa masalah dan halangan yang kerap dihadapi oleh pasukan yang mahu mendaftarkan pemain dan pegawai dari luar negara.

Perbincangan ini diharap akan dapat menemui solusi dan memudahkan urusan yang berkaitan pemain dari luar negara dan juga pegawai pasukan asing.

Ianya penting untuk memastikan setiap pasukan dapat membawa masuk pemain ataupun pegawai dari luar negara secepat mungkin tanpa ada isu dengan dokumentasi.

Jabatan Imigresen Malaysia juga telah bersetuju untuk mengadakan taklimat berkala kepada semua pasukan bertanding dari semasa ke semasa.

Ini bagi memberi penerangan tentang SOP permohonan serta garis panduan yang perlu dipatuhi oleh mereka untuk memastikan urusan berjalan lancar.

FMLLP juga bercadang untuk mengadakan satu taklimat khas kepada semua pasukan yang bertanding cara mendaftar pemain dan pegawai secara atas talian.

Taklimat tersebut akan turut dihadiri pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang akan membantu menerangkan cara yang betul untuk menggunakan aplikasi yang telah disediakan.

FMLLP dan FAM sangat berbesar hati dengan kesudian Jabatan Imigresen Malaysia membantu mereka dalam isu pendaftaran pemain dan pegawai dari luar negara.

Baca juga: Kekacauan Penyokong, Lyon Dan Besiktas Digantung 2 Musim Daripada Pertandingan UEFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN