Kekacauan Penyokong, Lyon Dan Besiktas Digantung 2 Musim Daripada Pertandingan UEFA

Lyon dan Besiktas digantung 2 tahun oleh UEFA kerana kekacauan penyokong. Isu ini dipandang serius oleh UEFA.

Kertas laporan siasatan insiden tersebut sudah diteliti dan UEFA mengambil tindakan berat ke atas kedua-dua pasukan.

UEFA mengambil keputusan untuk menggantung kedua-dua pasukan daripada mana-mana pertandingan UEFA termasuk UCL dan UEL selama 2 tahun walaupun mereka layak berdasarkan slot dan kejuaraan domestik.

Perlawanan suku akhir Liga Europa Khamis lalu di Parc Olympique Lyonnais telah tertunda selama 45 minit kerana penyokong memasuki padang dipercayai melarikan diri daripada kekacauan di tempat duduk.

Bunga api, mercun dan suar telah dilempar dan dinyalakan oleh penyokong-penyokong di dalam stadium. Berlaku juga pergaduhan di antara penyokong di kawasan tempat duduk penyokong.

Selain daripada penggantungan 2 musim ataupun 2 tahun daripada pertandingan UEFA, kedua-dua kelab turut didenda €100,000.

Hukuman dan denda tersebut adalah di bawah akta Etika dan Disiplin (CEDB) UEFA. UEFA dalam kenyataan rasmi mereka menyatakan:

“CEDB telah memutuskan untuk mengecualikan Olympique Lyonnais dan Besiktas daripada menyertai sebarang kejohanan kelab UEFA yang seterusnya yang mana mereka akan layak.”

“Pengecualian ini adalah selama untuk 2 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua pasukan akan diletakkan dalam senarai pemerhatian (probation).”

“Jika ada kesalahan yang sama diulangi, hukuman tersebut akan ditambah lagi.”

“Berdasarkan laporan rasmi dan bukti yang ada semasa yang diteliti di badan tatatertib UEFA, CEDB berpendapat penyokong kedua-dua pasukan bertanggungjawab terhadap gangguan awam pada perlawanan itu.”

Perlawanan timbal balik di antara Lyon dan Besiktas akan berlangsung di Istanbul pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Sebelum itu, Lyon juga terlibat dalam satu lagi kekacauan penyokong ketika perlawanan menentang Bastia. Perlawanan tersebut terpaksa dihentikan.

Impak kepada pasukan

Berita ini pastinya kurang digemari oleh kedua-dua pasukan terutama sekali Olympique Lyonnais yang memiliki ramai pemain bintang yang dikehendaki kelab Eropah yang lain.

Pemain-pemain bintang ini mungkin terpaksa dijual kerana mereka minta untuk dilepaskan ataupun kelab mahu mengurangkan perbelanjaan gaji pemain tanpa UCL.

UEFA sangat memandang serius isu kelakuan penyokong di dalam stadium. Ini kerana ia melibatkan soal nyawa.

Baca juga: Highlight: Beoungket Angkor 0 JDT 3, Harimau Selatan Ekori Rapat Global

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN