Jaami Qureshi Antara Pemain Yang Dilepaskan Brighton

Jaami Qureshi

Pemain remaja kacukan England-Malaysia, Jaami Qureshi telah sah dilepaskan oleh Brighton & Hove Albion.

Ia dimaklumkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan menerusi satu kenyataan media yang mengumumkan senarai penuh pemain yang disambung kontrak baharu, tamat kontrak dan dilepaskan.

“Albion telah melepaskan pemain bawah 23 tahun (B-23), Adam Desbois, Lars Dendocker, Ulrick Ella dan Ayo Aniowo, juga pemain pemain B-18 John Lucero dan Jaami Qureshi,” ujar kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kelab berkenaan.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain di atas usaha mereka. Kini kami akan membantu pemain-pemain ini untuk langkah yang seterusnya dalam perjalanan bola sepak mereka.

“Kami akan usaha sebaik mungkin untuk carikan mereka kelab baharu dalam tempoh transisi ini.”

Pemain berusia 18 tahun tersebut pernah menjadi perhatian dan dikaitkan dengan peluang mewakili skuad kebangsaan Malaysia memandangkan ibunya berasal dari Manjoi, Perak.

Bagaimanapun hasrat peminat bola sepak Malaysia untuk melihat Qureshi menyarung jersi skuad Harimau Malaya tidak kesampaian selepas beliau memilih negara warisan bapanya Iraq.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu pendedahan pula menjelaskan kegagalan membawa pemain tersebut mewakili negara adalah berpunca dari bapa pemain tersebut, Pervis Qureshi yang meminta agar anaknya diberi keistimewaan mendapat taraf kerakyatan  tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.

Berbeza Dengan Wan Kuzri, Bapa Jaami Qureshi Yang Banyak ‘Songeh’

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak pemain tersebut mengenai kelab yang bakal menjadi destinasi baharu dalam kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN