J. Partiban Akui Tak Mudah Capai Persefahaman Masa Singkat Bersama Kedah

Pemain sayap baharu Kedah Darul Aman (Kedah), J. Partiban mengakui beliau masih lagi mencari keserasian terbaik bersama pasukan baharu diwakilinya selepas diberi peluang beraksi seketika sewaktu berdepan Perak.

Partiban yang diikat Kedah secara pinjaman daripada Kuala Lumpur City pada pertengahan musim ini diberi peluang beraksi buat pertama kali ketika aksi pertama Piala Malaysia 2023 pada separuh masa kedua untuk memperkukuhkan aspek serangan.

Walaupun begitu, pemain tersebut boleh dianggap masih sukar mendapatkan rentak pertamanya dengan baik dan tidak banyak dapat dilakukan beliau untuk perlawanan sulung tersebut.

Kedah ketika itu mencatat kekalahan mengejut 1-3 di tangan Perak selepas lawan tampil dengan aksi cukup menyakinkan di segenap posisi untuk bermula dengan langkah kanan musim ini dalam saingan tersebut.

Walaupun begitu, Sang Kenari masih lagi memiliki peluang untuk ke pusingan seterusnya menerusi aksi timbal balik di Stadium Darul Aman pada 18 haribulan ini untuk menghadapi lawan yang sama.

Sebelum menghadapi Perak buat kali kedua, Sang Kenari perlu berdepan cabaran Sri Pahang terlebih dahulu bagi saingan Liga Super 2023 di laman sendiri dalam misi untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Jelas Partiban, beliau memasang tekad untuk memberi persembahan lebih positif bagi pertembungan seterusnya membabitkan Kedah menentang Sri Pahang.

Menerusi masa persiapan yang masih ada ini, pastinya Partiban giat menjalani latihan untuk cuba merebut tempat dalam kesebelasan utama pada aksi berikut.

“Memang saya dan rakan sepasukan cukup kecewa apabila kami tewas ketika menentang Perak FC pada saingan Piala Malaysia yang juga aksi pertama saya bersama pasukan Kedah.

“Namun saya berazam mahu membantu pasukan untuk kembali bangkit Selasa ini. Kami sangat memerlukan kemenangan bagi mempertahankan kedudukan kami dalam kelompok tiga pasukan teratas liga.

“Oleh itu, saya mahu pastikan setiap percaturan barisan kejurulatihan dalam latihan dapat dimanfaatkan supaya kita mencapai kemenangan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, Partiban juga percaya hasil sokongan serta kerjasama daripada para pemain serta staf kejurulatihan mampu meningkatkan persefahaman beliau bersama Kedah dalam masa lebih cepat.

“Saya selesa dan cukup bersemangat menjalani setiap aktiviti latihan yang diadakan yang saya anggap mampu meningkatkan lagi kemampuan diri saya bersama pasukan.

“Walaupun tidak mudah untuk dapat terus menyesuaikan diri dalam tempoh terdekat namun saya percaya dengan sokongan dan kerjasama daripada jurulatih dan rakan sepasukan mampu mempercepat tahap persefahaman serta kombinasi yang saya perlukan dalam permainan,” katanya lagi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN