Izham Tarmizi: “Sri Pahang Lebih Mantap & Padu”

Penjaga gol berpengalaman Sri Pahang iaitu Izham Tarmizi tampil optimis mengenai persiapan skuad diwakilinya untuk mengharungi aksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/2025.

Terdahulu, Sri Pahang mencipta beberapa rombakan dalam barisan pemain untuk tampil lebih baik berbanding tahun lalu dengan membabitkan kuota tempatan serta import di segenap posisi.

Musim lalu menyaksikan Tok Gajah menamatkan aksi di Liga Super dengan menghuni tangga kelima selepas mereka mencatat 13 kemenangan daripada 26 aksi dilalui bersama 45 mata keseluruhan.

Bawah kendalian Fandi Ahmad tahun lalu, jelas beberapa kelemahan masih lagi menghantui pasukan tersebut untuk memberi persaingan sengit kepada kelab lain dan memerlukan mereka untuk mencipta sedikit rombakan.

Menerusi beberapa perubahan dibuat dengan pengurusan kelab itu turut menandatangani muka-muka baharu jelas memberi reaksi positif buat Izham yang melihat Sri Pahang lebih kuat untuk meraih kejayaan.

“Bagi saya kemasukan pemain baharu dan berpengalaman, lebih meletakkan Sri pahang lebih mantap dan padu.

“Kehadiran pemain baharu termasuk import akan memberikan lebih kekuatan, sekali gus mencatat pencapaian lebih baik berbanding musim lalu.

“Saya dan rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik buat Sri Pahang terutama memberi tentangan sengit kepada lawan,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan secara rasmi oleh Harian Metro.

Izham yang menyertai Sri Pahang pada tahun lalu menjadi antara pemain yang kerap dibawa turun dalam kesebelasan utama kerana ketangkasan serta pengalaman dimiliki.

Musim ini juga menyaksikan persaingan baharu turut hadir dalam kalangan penjaga gol pasukan tersebut, selepas Sri Pahang secara rasminya berjaya menandatangani bekas penjaga gol Penang iaitu Azfar Arif.

Diletakkan selaku antara calon utama mengekalkan kedudukan dalam kesebelasan utama, sudah tentu bekas tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak rela posisinya dirampas rakan sepasukan lain termasuk Zarif Irfan.

Untuk kategori pemain tempatan, Sri Pahang berjaya mengekalkan pemain naturalisasi dari Argentina musim lalu iaitu Sergio Aguero selain menandatangani beberapa muka baharu yang dianggap memiliki pengalaman tersendiri.

Malah, Sri Pahang juga secara rasminya sudah pun mengikat dua penyerang baharu iaitu Mykola Ahapov serta menandatangani Manuel Hidalgo selaku status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN