Ivan Rakitic: Saya Tak Pernah Berkawan Rapat Dengan Messi & Suarez

Ivan Rakitic

Pemain tengah Sevilla, Ivan Rakitic tanpa berselindung membuat pendedahan bahawa beliau tidak pernah berkawan rapat dengan Lionel Messi dan Luis Suarez sepanjang enam tahun menyarung jersi Barcelona.

Rakitic menyertai Barcelona pada 16 Jun 2014 selepas memeterai kontrak selama lima tahun untuk memperkuatkan skuad yang ketika itu dibimbing Luis Enrique.

Musim tersebut juga menyaksikan The Blaugrana berjaya menjulang kejuaraan treble selepas mengungguli saingan Liga Juara-Juara Eropah, La Liga dan Copa del Rey.

Mengimbau kembali kenangan ketika bersama kelab gergasi Sepanyol itu, Rakitic mengakui beliau begitu menghormati Messi dan Suarez walaupun tidak begitu rapat dengan dua tonggak tersebut.

”Hubungan dengan dengan mereka tidak pernah rapat. Saya percaya ia begitu sukar dalam kumpulan 23 atau 24 orang pemain,” ujar Rakitic menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Rakan baik saya ialah Andres Iniesta, [Marc-Andre] ter Stegen, [Kevin-Prince] Boateng dan Junior Firpo pada musim lalu.”

”Tetapi saya menghormati kedua-dua mereka. Mereka merupakan rakan sepasukan saya untuk enam tahun dan merupakan pemain yang sangat penting buat pasukan. Saya sangat menghormati mereka.”

”Ketika perintah berkurung akibat coronavirus, kami menjadi sangat akrab antara satu sama lain, seperti berjiran. Saya sangat bersyukur atas bagaimana mereka melayani saya beberapa tahun ini,” tambah Rakitic lagi.

Kini, Rakitic menggalas misi baharu dalam kariernya apabila memilih untuk kembali semula ke Sevilla dengan yuran perpindahan bernilai €1.5 juta.

Kredit featured image: Quality Sport Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ivan Rakitic:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN