Jaga Pemakanan Dan Tukar Diet Jadikan Rakitic Sangat ‘Fit’

Pada tahun ini setakat ini Ivan Rakitic telah mencatatkan lebih banyak minit daripada pemain-pemain lain dalam La Liga Santander.

Ianya bukan mudah untuk beliau mendapatkan minit perlawanan yang banyak itu. Ini kerana  saringan pemilihan pemain dan pemberian minit itu berkait rapat dengan potensi fizikal pemain.

Kecergasan dan kondisi fizikal Rakitic agak luar biasa berbanding dengan sebelum ini. Beliau mencatatkan purata larian di atas 10 km dalam setiap perlawanan.

Anda tentu ingat bagaimana beliau menjadi pemain yang sentiasa bermain dalam Piala Dunia lalu. Beliau dianggap pengulas sebagai ‘tireless worker.’

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 21: Ivan Rakitic of Croatia celebrates with teammate Luka Modric of Croatia after scoring his team’s third goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Croatia at Nizhny Novgorod Stadium on June 21, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Rakitic menjelaskan beliau telah mengubah tabiat makanan yang sejak musim lalu lagi.

Dia terpaksa menukar dietnya sejak mengetahui bahawa dia mempunyai penyakit ‘celiac’.

Oleh yang demikian, pemain Croatia itu  terpaksa untuk mengeluarkan beberapa makanan daripada diet beliau.

Ini termasuk pasta, roti dan manisan. Seterusnya Rakitic juga mengelak daripada memakan coklat dan minum bir.

Akibat daripada perubahan diet itu beliau berjaya mengurangkan berat badan beliau sebanyak 2 kg.

“Ini sangat banyak membantu saya,” katanya ketika mendedahkan bagaimana ia membantu beliau dalam persediaan sebelum perlawanan dan fasa pemulihan (recovery) selepas perlawanan.

“Saya kini berasa lebih ringan dalam latihan dan dalam persiapan permainan.”

Tahun ini beliau sudah bermain dalam 47 perlawanan kompetitif.

Sangat profesional.Sebelum ini diet beliau boleh dikatakan baik namun tetap berusaha untuk ke tahap terbaik demi kecergaaan. Ianya juga untuk pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN