Ivan Rakitic ‘Menganjing’ Lukaku Tanpa Belas

Bekas pemain midfield Croatia, Ivan Rakitic mencuri perhatian peminat kerana menganjing Romelu Lukaku tanpa belas selepas Belgium sah tersingkir dari saingan Piala Dunia tahun ini.

Rakitic jelas sekali tak tahan untuk mengusik pemain penyerang termahal dalam sejarah Chelsea itu dan beliau secara terbuka menganjing Lukaku di laman media sosial miliknya.

Ia merupakan hari yang mahu segera dilupakan oleh Belgium terutama Lukaku selepas mereka tersingkir dari saingan Piala Dunia di Qatar.

Lukaku telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan ketika bertemu Croatia dan beliau turut dipersalahkan sebagai punca skuad emas Belgium gigit jari tanpa menang apa-apa.

Selepas tamat aksi terikat bertemu Croatia, Lukaku jelas sekali menunjukkan reaksi yang sangat kecewa kerana mempamerkan aksi persembahan yang hambar dalam perlawanan tersebut.

Beliau kemudiannya cuba ditenangkan oleh pembantu jurulatih, Thierry Henry yang memujuk Lukaku supaya bertenang dan terima segalanya dengan hati yang terbuka.

Walau bagaimanapun, keadaan Lukaku sepertinya semakin teruk selepas beliau mendapat berita yang Morocco berjaya menewaskan Canada 2-1 untuk layak ke pusingan kalah mati.

Lukaku bengang hingga beliau bertindak diluar kewarasan akal dengan beliau dilihat menumbuk penghadang plastik di tempat duduk pemain simpanan hingga pecah.

Belgium sebenarnya sangat terdesak untuk tewaskan Croatia untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Walau bagaimanapun, ketika Belgium sangat memerlukan Lukaku, bekas bintang Manchester United itu pula tampil mempersembahkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan.

Para peminat di media sosial tidak henti-henti menganjing Lukaku atas aksi hambar yang beliau persembahkan sepanjang perlawanan.

Bahkan, bekas bintang Croatia, Ivan Rakitic sendiri juga turut tidak ketinggalan untuk mengusik pemain penyerang Belgium itu.

Pemain berusia 34 tahun yang sudah bersara dari pentas bola sepak antarabangsa pada tahun 2020 itu memuat naik status di laman instagram miliknya untuk mengusik Lukaku.

“Ayuh Lukaku!!”

“Kita perlu belanja dia percutian selama sebulan di Split. Ayuh!”

Kemudian, selepas menjemput Lukaku untuk bercuti ke negaranya itu, Rakitic mengakhiri video beliau dengan memberikan ciuman kepada bintang Chelsea itu.

Bekas rakan sepasukan Lukaku, Ivan Perisic sementara itu turut cuba menenangkan Lukaku selepas tamat perlawanan tersebut.

“Saya bersama dia selama dua ke tiga minit selepas tamat perlawanan.”

Jelas Perisic kepada FIFA+.

“Ini adalah bola sepak, bila kamu jaringkan gol, kadang kala kamu akan terlepas. Dia seorang pemain yang sangat kuat. Sekarang saya harap dia boleh menang lebih banyak piala bersama Inter.”

“Bagi kami, antara hal terpenting adalah untuk lepasi kumpulan. Kami bermain dengan sangat baik, sama juga seperti mereka. Tapi saya rasa, melihat kepada tiga perlawanan sebelum ini, kami berhak untuk layak lebih jauh.”

Belgium sangat bergelut untuk memenuhi ramalan ramai di pentas Piala Dunia Qatar tahun ini dengan pengurus pasukan, Roberto Martinez dilaporkan mahu menarik diri selepas enam tahun berkhidmat.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Martinez mendedahkan bahawa:

“Ia merupakan perlawanan terakhir saya. Ia sangat beremosi seperti yang kamu bayangkan. Keputusan dah dibuat sebelum piala dunia. Saya sentiasa berusaha untuk projek jangka masa panjang dan mereka perlu lebih bersedia.”

“Sejak 2018 saya ada banyak kesempatan untuk meninggalkan kerja ini dan menerima tawaran dari peringkat kelab. Saya sentiasa mahu setia dan habiskan kerja saya. Saya bukan berhenti tapi kontrak saya memang sudah habis.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN