Kisah Budiman Itali, La Beneamata Yang Bertandang Ke Bramall Lane Demi Setia Kawan

Sheffield, England adalah pemegang khazanah bola sepak dunia. Di Sheffield, kelab bola sepak pertama ditubuhkan. Di situ jugalah, derbi pertama di dalam bola sepak dilahirkan.

Begitu juga dengan peraturan, taktikal, formasi, dan hampir segala-galanya mengenai bola sepak moden yang kita kenal pada hari ini, lahir di Sheffield.

Ini satu lagi kisah bola sepak yang  terjadi di Sheffield.

Bandar lahirnya bola sepak

Sheffield dilabel sebagai bandar di mana salasilah dan asal usul sukan bola sepak bermula.

Dua pasukan utama dari Sheffield ialah Sheffield United dan juga Sheffield Wednesday.

Sport, Football, pic: 1899, Sheffield United FC, the 1899 English FA,Cup winners (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

Oleh kerana bandar Sheffield itu dibangunkan oleh industri pembuatan besi pada satu ketika dahulu, perseteruan kedua-dua pasukan digelar sebagai ‘Steel City Derby’.

Tetapi sejarah juga berkata ini bukan derbi pertama di dalam bola sepak. Sebelum lahirnya Sheffield United dan Sheffield Wednesday, Sheffield F.C terlebih dahulu bertapak di bandar tersebut pada 1857.

Sport, Football, Sheffield Wednesday F,C, circa 1913 (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

Tiga tahun selepas itu sebuah lagi kelab bola sepak, Hallam FC ditubuhkan, sekaligus menjadikan Sheffield-Hallam sebagai derbi pertama di dalam dunia bola sepak.

Sheffield United vs Inter Milan (25 Julai 2018)

Pada musim panas lalu, Inter Milan berkunjung ke Bramall Lane untuk perlawanan pra musim menentang Sheffield United.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Mengapa Inter memilih untuk ke Sheffield, tatkala gergasi Itali itu boleh sahaja memilih lawan-lawan lain yang memberi hak dan bayaran yang eksklusif?

Perlawanan pada Julai lalu menyaksikan Sheffield United kendalian Chris Wilder menentang pemain bintang seperti Mauro Icardi dan Radja Nainggolan.

SHEFFIELD, ENGLAND – JULY 24: Lautaro Martínez of FC Internazionale (C) in action during the pre-season friendly match between Sheffield United and FC Internazionale at Bramall Lane on July 24, 2018 in Sheffield, England. (Photo by Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images)

Masing-masing memiliki elemen penting dalam usaha kedua-dua pasukan mempersiapkan pemain untuk menghadapi musim baharu.

Berbeza dengan perlawanan yang diadakan pada November 2007 di venue sama memperlihatkan tujuan yang sama sekali berlainan.

Ketika itulah pasukan dari Itali itu datang ke Bramall Lane untuk sama-sama meraikan 150 tahun kewujudan kelab bola sepak di Sheffield, tatkala mereka yang lain tidak peduli.

Bintang di Bramall Lane?

Dave McCarthy pasti tidak akan melupakan kunjungan terakhir Inter Milan ke Bramall Lane.

Apatah lagi lawatan pemenang Piala Dunia yang sanggup mengembara hanya dengan penerbangan tambang murah dan melihat aksi pemain seperti Mario Balotelli bertukar jersi, seluar atau stoking sebagai kenangan dengan pemain liga bawahan.

Italian players celebrate with the winner’s trophy after the final of the 2006 FIFA World Cup between Italy and France. (Photo by Eddy LEMAISTRE/Corbis via Getty Images)

Bayangkan saja jika Paul Pogba akan berbuat demikian untuk pemain dari Salford City misalnya? Berapa peratuskah kemungkinan ianya akan terjadi? Ia mungkin. Mungkin juga tidak.

Ia adalah malam perlawanan yang akan dikenang oleh McCarthy sepanjang hayatnya. Malah setiap perincian perlawanan masih segar dalam ingatan McCarthy ketika bergelar pengurus kelab sulung bola sepak dunia, Sheffield FC sebelas tahun yang lalu.

Menggamit kenangan

Selepas 11 tahun sejak kali pertama Inter Milan berkunjung ke Bramall Lane, McCarthy kini adalah Pengarah Operasi kepada Sheffield United.

“Ia adalah satu perkara luar jangka kepada kami pada ketika itu,” ujar McCarthy membuka bicara ketika berkongsi akan pengalaman 11 tahun lalu itu.

Dave McCarthy, Pengarah Operasi Sheffield United, satu ketika dahulu adalah pengurus kepada Sheffield F.C.

“Pemain kami beraksi di aras ke-8 dalam piramid bola sepak Inggeris pada ketika itu, dan kebiasaanya beraksi di hadapan 150 sehingga 200 orang penyokong

“Mereka adalah pemain amatur. Pekerja binaan, guru, kerani, dan tiba-tiba mereka akan berhadapan dengan barisan pemain bintang Inter Milan,” ujar McCarthy.

Bermulanya kisah persahabatan

Sebenarnya segalanya berlaku secara kebetulan. Ketika Sheffield F.C mahu meraikan hari ulang tahun ke-150 kelab, mereka menerima Anugerah FIFA Order of Merit.

Ia adalah anugerah tertinggi daripada badan induk bola sepak dunia itu untuk sumbangan luar biasa kepada sukan bola sepak.

(Photo credit should read TORSTEN BLACKWOOD/AFP/Getty Images)

Majlis penyampaian dijadualkan diadakan di Cutlers Hall, turut akan dihadiri oleh Presiden FIFA pada ketika itu, Sepp Blatter.

Memandangkan ia adalah perayaan yang sangat istimewa dalam sejarah kelab dan seluruh Sheffield amnya, mereka berpendapat ianya juga penting jika mereka boleh membawa masuk sebuah kelab besar untuk perlawanan pertunjukkan.

Tiada yang sudi

Masalahnya ialah tidak ada siapa yang sudi. Manchester United yang baru menjuarai gelaran ke-16 Liga Perdana Inggeris mereka tidak boleh hadir.

Begitu juga Liverpool yang masih kelab terhebat Liga Inggeris bersama sejarah dominasi dengan lima kejuaraan eropah. Pendek kata tiada pasukan dari EPL yang sudi bertandang.

Kevin McCabe chairman of Sheffield United (Photo by Catherine Ivill/AMA/AMA/Corbis via Getty Images)

Kevin McCabe yang merupakan pemilik Sheffield United pada ketika itu sudi membenarkan McCarthy dan Sheffield FC menggunakan Bramall Lane untuk kapasiti stadium yang lebih luas dan selesa.

Jalan akhir ialah untuk mencari pasukan luar. Real Madrid terpaksa menolak kerana tarikh perlawanan yang bertembung dengan pertemuan menentang LA Galaxy.

Begitu juga dengan Barcelona yang hampir bersetuju tetapi membatalkan hasrat berbuat demikian kerana perlawanan di Amerika Syarikat yang menawarkan ganjaran €1 juta buat mereka.

Dari La Liga Ke Serie A

Akhirnya pencarian mereka beralih ke Serie A. AC Milan pantas menolak tawaran oleh Sheffield F.C itu. Tetapi seorang wartawan Itali, Roberto Gotta memberikan mereka sedikit harapan setelah mengetahui mengenai rancangan Sheffield F.C.

Gotta mencadangkan McCarthy untuk cuba bertanya kepada Inter Milan. Alasan Gotta ialah kerana Inter Milan dikenali sebagai kelab budiman bola sepak Itali.

Swapping shirts before the game. Officials from Inter Milan present Sheffield FC Chairman Richard Timms with an Inter shirt and commemorative gift before kick-off. The Italians recieved a framed shirt from the first football club in the world

“Saya menghantar email kepada mereka, dan ia pantas dibalas oleh Inter Milan, ” ujar McCarthy.

Inter jelas tidak menghampakan, bersesuaian dengan reputasi kelab berkenaan.

Walaupun gagal menghantar skuad utama, Inter tetap hadir dengan bintang Piala Dunia, Marco Materazzi yang masih segar dari kejuaraan Piala Dunia bersama Itali, kira-kira 16 bulan sebelum itu.

Begitu juga beberapa nama prospek muda seperti Mario Balotelli yang kita tahu bagaimana kesudahannya pada hari ini.

Ia adalah perkara yang sangat beerti buat kelab seperti Sheffield F.C. Ia adalah penghormatan buat mereka, juga penghormatan buat bola sepak.

“Kami hanya mampu menempah penerbangan menggunakan perkhidmatan Ryanair, dengan kos £29 seorang, dan Inter berkata mereka tidak mempunyai masalah untuk itu.

“Mereka menginap di Hotel Leopold dan kami menyediakan segala pengangkutan yang diperlukan,” terang McCharty lagi.

Bagaimana Sheffield F.C meyakinkan Inter?

Terdetik persoalan bagaimana McCharty dan Sheffield meyakinkan Inter Milan pada ketika itu.

Pada McCharty ianya kerana semua perkara dilakukan dengan iklhas, mengikut aturan yang sepatutnya dan juga kerana bola sepak.

Melangkaui semua itu, ia adalah penghormatan yang ditunjukkan kepada Inter Milan terhadap kelab bola sepak tertua dunia itu.

“Rata-rata anggota skuad Inter datang dari seluruh pelusuk dunia, dan mereka mengakui tidak ada masalah dengan apa yang kami sediakan,” tambah McCharty.

Tajaan

Fakta menarik lain mengenai perlawanan tersebut ialah Sheffield FC turut mendapat tajaan selama sehari daripada Nike, khusus untuk perlawanan dengan Inter Milan itu.

Pemain mendapat jersi dengan nama dan nombor skuad khas, dan juga sepasang kasut but berwarna emas dari pengeluar sukan utama dunia itu.

Pele dan Dave McCarthy

Ada di antara pemain tidak sanggup menggunakan kasut but tersebut untuk disimpan, tetapi siapakah yang boleh menyalahkan mereka?

Sheffield F.C tewas 2-5 kepada Inter Milan dalam perlawanan tersebut, yang turut disaksikan bersama oleh legenda bola sepak dunia dari Brazil, Pele.

Penutup

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan kisah ini. Tetapi setiap kali ia dikenang, ia mengingatkan kita betapa indahnya sukan bola sepak itu.

Ia lebih dari sekadar bersaing secara kompetitif dan untuk menang. Jauh lebih dari itu, ia mempunyai nilai-nilai murni lain, terutamanya hormat-menghormati dan setia kawan dan mengambil kira bagaimana seluruh Sheffield bersatu khusus untuk acara itu.

Itulah kisah La Beneamata yang betandang ke negara orang, demi memenuhi pengertian hormat dan setia kawan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN