Twitter Reacts: Apa Reaksi Rakyat Malaysia Selepas Kemenangan Harimau Malaya Semalam?

Malam semalam merupakan malam yang mengembirakan bagi seluruh penonton bola sepak tanah air apabila pasukan kebangsaan merakamkan kemenangan 1-3 menentang pasukan Kemboja di Stadium Olimpik Pnom Penh.

Apa tidaknya, anak-anak buah Tan Cheng Hoe yang baru sahaja tewas 2-0 menentang skuad Chinese Taipei perlu mendapatkan semula kepercayaan dan keyakinan 33 juta rakyat Malaysia.

Keresahan itu menjadi kenyataan apabila pasukan Kemboja yang mempamerkan permainan yang menarik dengan hantaran-hantaran pendek sering menembusi benteng pertahanan negara di separuh masa yang pertama.

Lebih memeritkan, jentera serangan Malaysia juga gagal untuk melakukan penetrasi ke dalam final third pasukan tuan rumah kerana sering menerima tekanan (pressing) serta hantaran-hantaran yang tidak menjadi.

Pasukan Malaysia akhirnya dihukum 10 minit sebelum separuh masa pertama apabila Soeuy Visal melepaskan rembatan voli cantik dan terkena palang sebelum menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Namun, harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan comeback dilakukan oleh pasukan kebangsaan tercipta apabila trio S, Shahrul Saad, Syazwan Andik dan Shahrel Fikri masing-masing menjaringkan satu gol untuk menamatkan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan 1-3.

Persembahan Khairul Fahmi Che Mat juga wajar diberikan pujian selepas menyelamatkan gawang Malaysia dari terus dibolosi hasil dari serangan bertali arus anak-anak buah Keisuke Honda.

Seperti biasa, Semuanya Bola mengajak rakyat Malaysia, khususnya pengikut kami di Twitter untuk memberikan respons diatas kemenangan dramatik ini.

Berikut adalah respons yang kami terima:

  1. Persembahan yang GLORIOUS

2. Menari dengan beria tarian ceng chekeceng ceng ceng~

3. Melihatkan squad depth yang kita ada, khususnya wajah-wajah pelapis skuad senior, masa depan kita tampak cerah.

4. Ada juga yang meraikannya dengan tenang dan bersahaja seperti meme Arsene Wenger ini.

5. Atau, menari dengan minimal seperti ini.

https://twitter.com/MuhammadFaezee/status/1039201088774144001

6. Ada juga yang memuji persembahan individual terbaik Shahrel Fikri.

https://twitter.com/yondaim04801246/status/1039208301337034752

7. Kata mereka, Shahrel Fikri adalah jigsaw puzzle yang kita cari-cari selama ini.

8. Dan ya, kami juga rasa Shahrel Fikri perlu dikekalkan dalam skuad kebangsaan. Mungkin sebagai super sub? Atau tidak?

9. Apa-apapun, masa depan bola sepak Malaysia tampak cerah. Bukan?

10. Bagaimana pula dengan pasukan Kemboja? Mungkinkah kita telah meranapkan impian 40,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium dengan teruk sekali?

11. Pastinya, ketua jurulatih Kemboja, Keisuke Honda akan termenung jauh memikirkan masa depan beliau bersama anak-anak buahnya.

12. Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia atas persembahan menarik semalam. Apa yang penting, pasukan kita tidak pernah berputus asa dalam menunjukkan semangat juang  mereka.

https://twitter.com/DenzHyqal/status/1039158054137131009

13. Bak kata PUBG…

14. Owh ya. Hampir terlupa. Tahniah juga kepada Khairul Fahmi Che Mat atas aksi menyelamatkan gawang Malaysia dengan cemerlang malam ini, seperti aksi Tobey Maguire dalam triologi filem Spiderman.

15. Untuk anda semua pemain senior skuad kebangsaan, kami salute! Teruskan berjuang. Jangan hilangkan momentum ini!

https://twitter.com/atlalessandro/status/1039221193906089986

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN