Isu Trofi: MFL Tampil Balas Kenyataan Pengurus Projek ABK18

Selepas kenyataan oleh Pengurus Projek ABK18 – Danial Khoriri semalam – hari ini MFL tampil dengan kenyataan balas dengan mengambil kenyataan beberapa pegawai MFL – yang merupakan bekas rakan kepada Danial.

Mohd Shazli – Ketua Pegawai Operasi MFL – memberitahu beliau pelik dengan piala Kasut Emas ABK18 dan bertanya kepada Danial dari mana datangnya piala itu. Beliau juga memberitahu ada komunikasi antara beliau dan Danial tentang trofi tersebut.

Shazli menyatakan: “Saya mahu menjelaskan bahawa saya memang ada bertanya Danial mengenai trofi boot Nike sewaktu di Hotel Pullman dan beliau memang ada menjawab bahawa semua adalah ‘under control’.”

“Selain itu, selepas event ABK berakhir, isu piala menjadi bualan yang mana saya juga terkejut dgn piala yg di tunjukkan oleh pemenang-pemenang trophy tersebut.”

“Sesudah selesai sewaktu di sekreteriat, saya berjumpa Daniel dan bertanya daripada mana datangnya piala tersebut? Tidak pernah di tempah? Beliau menjawab – dengan meminta maaf kerana beliau membuat tempahan piala tersebut. Saya turut mengingatkan beliau untuk dengan segera buat penjelasan kepada CEO akan isu ini.”

“Penjelasan Danial bahawa tiada komunikasi antara saya dan beliau adalah tidak tepat sekali.”

“Pada pagi hari Rabu sehari selepas cuti sambutan Deepavali, Daniel telah hadir ke pejabat dan berjumpa saya dengan menanyakan viralnya isu piala penjaring terbanyak dan Kasut Emas.”

“Saya jelaskan ia merupakan satu isu besar. Beliau turut mengaku akan kesalahan yang telah di lakukan iaitu membuat piala tanpa merujuk kepada saya atau pun CEO dan akan mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan.“

Kenyataan kedua pula adalah daripada Desmond Raju yang merupakan Pegawai Pematuhan. Beliau menyatakan MFL ada memberikan peluang kepada Danial Khoriri membela diri.

Desmond menyatakan: “Sebagai Ketua Jabatan Perundangan dan Pegawai Pematuhan, saya boleh mengesahkan bahawa pada pagi hari Rabu, saya dan Hafidz dari HR telah berjumpa dengan Danial – di mana Danial diberi peluang untuk mejelaskan isu piala tersebut.”

“Dalam penjelasan beliau, Danial menyatakan bahawa beliau telah membuat keputusan sendiri untuk menempah piala tersebut. Ini adalah kerana beliau lambat menghubungi Nike untuk piala tersebut yang menyebabkan Nike tidak sempat menyediakan piala itu untuk ABK.”

“Pada akhir perjumpaan tersebut, Danial menyatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatan. Danial telah diberi ruang mempertahankan diri dan memberi penjelasan beliau.”

Seterusnya, Hafidz Nasir di bahagian Pengurusan Sumber Manusia MFL mengesahkan beliau menerima perletakan jawatan oleh Danial pada Rabu lalu.

“Saya bertugas menguruskan penerimaan perletakan jawatan Danial pada Rabu, 7hb November yang lepas.”

“Danial menulis surat perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta dan dalam surat beliau, beliau mejelaskan bahawa beliau salah dalam tindakan beliau berkenaan isu ABK18. Beliau juga berkata bahawa dia berterima kasih kerana diberikan peluang untuk bertugas di MFL and tiada indikasi bahawa ada apa-apa unsur paksaan dalam perletakan jawatan beliau.”

“Pada hari berikutnya, setelah saya berjumpa CEO dan Desmond serta kami bertiga berbincang dengan Shazli dalam telefon, kami sebulat suara setuju untuk membantu Danial dengan membayar gaji beliau sehingga ke hujung bulan.”

“Walaupun dia mengaku salah dan meletakan jawatan serta merta secara sukarela, cadanganya ialah untuk membantu beliau sedikit dalam urusan peribadi beliau.”

“Jadi saya terus berhubung dengan Danial untuk meminta beliau menghantar semula surat beliau dengan tarikh tamat kerja pada 30hb November. Tetapi apabila saya hubungi Danial dia memberitahu saya bahawa dia tak mahu gaji sampai hujung bulan sebab keluarga dia mahu dia membawa isu ini ke mahkamah.”

“Kenyataan beliau ini lain dari apa yang berlaku sehari sebelum dimana Danial berasa amat kesal dan mahu meletakkan jawatan sebab dia rasa bertanggungjawab atas kesalahan beliau.”

“Danial tidak dipecat seperti sesetengah komen online dan juga beliau tidak dipaksa meletak jawatan. Beliau mengaku kesalahan dan telah meletakkan jawatan.”

“Beliau menyatakan kepada COO bahawa beliau akan meletakkan jawatan dan beliau mengulangi perkara ini kepada saya dan Desmond pada perjumpaan di mana beliau diberi peluang memberi penjelasan mengenai isu trofi.”

Akhir sekali adalah penjelasan oleh Vincent Lim – Pegawai Perundangan yang menyatakan bahawa pembekal (supplier) terpaksa memberikan trofi itu kerana tempat dibuat di saat akhir. Beliau berkata: “Saya telah berhubung dengan supplier yang membekalkan trofi boot kecil, sebagai salah satu proses internal audit untuk saya membuat laporan kepada Lembaga Pengarah MFL.”

“Proses internal audit ini adalah arahan daripada CEO. Saya boleh mengesahkan bahawa supplier itu telah memberi petikan WhatsApp antara Danial dan beliau. Jelas bahawa pesanan itu dibuat tanpa sebarang dokumen atau kelulusan pihak pengurusan.”

“Supplier itu pun mengesahkan bahawa tiada dokumen kelulusan yang biasa diterima untuk mengesahkan sesuatu order dari MFL.”

“Supplier turut mengesahkan bahawa penempahan trophi hanya adalah melalui perbualan telefon dan aplikasi whatsapp.”

“Penempahan trofi yang dilakukan juga adalah hanya pada saat terakhir kerana Danial telah menyatakan kepada supplier trophi yang dia memerlukan trophi golden boot dengan secepat mungkin.

“Supplier berkata bahawa beliau cuba menolong Danial untuk memenuhi permintaan WhatsApp itu kerana supplier rasa Danial kesuntukan masa dan akan mendapatkan dokumen nanti. Supplier cuba membantu untuk menjayakan acara ABK itu.”

“Ini menunjukkan bahawa trofi tersebut tidak diluluskan oleh pengurusan MFL.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN