Terus Kekal Berada Di Hospital, Arsenal Anggap Kecederaan Welbeck Serius

Menurut Arsenal, Danny Welbeck telah mengalami kecederaan buku lali yang serius selepas beraksi untuk kelab itu menentang Sporting Lisbon dipertandingan UEFA Europa League pada awal Jumaat lalu.

Kecederaan tersebut menyebabkan penyerang England berusia 27 tahun itu dirawat di atas padang sebelum terpaksa diusung keluar dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Arsenal’s Danny Welbeck reacts in pain during the UEFA Europa League, Group E match at the Emirates Stadium, London. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Buat masa ini Welbeck dilaporkan kekal berada di hospital akibat kecederaan tersebut. Kecederaan itu dialami selepas Welbeck gagal menyeimbangkan badannya selepas perebutan bola tinggi.

“Kenyataan seterusnya mengenai keadaan Danny Welbeck akan dikeluarkan selepas tempoh 72 jam akan datang,” ujar kenyataan dari kelab.

Bekas penyerang dan produk akademi Manchester United itu terpaksa diberikan bantuan oksigen ketika dirawat di atas padang. Beberapa rakan sepasukan beliau juga kelihatan terkejut dengan tahap kecederaan yang dialami oleh beliau.

Arsenal berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati pertandingan ini walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri di perlawanan tersebut.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 08: Danny Welbeck of Arsenal goes off injured on a stretcher during the UEFA Europa League Group E match between Arsenal and Sporting CP at Emirates Stadium on November 8, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Welbeck sentiasa bekerja keras dan sedang melalui perlawanan dengan baik. Beliau turut memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Kecederaan beliau turut menjejaskan sedikit mentaliti rakan sepasukan,” ujar pengurus Aesenal, Unai Emery.

Welbeck yang telah melakukan 42 penampilan dan memiliki 16 gol antarabangsa untuk England adalah antara pemain yang disenaraikan oleh Gareth Southgate untuk dua perlawanan antarabangsa menentang Amerika Syarikat dan Croatia.

Musim ini beliau juga telah menjaringkan lima gol dari 14 penampilan untuk The Gunners.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN