Isu Tindakan Ganas Penyokong, Sabah Mohon Maaf Kepada JDT

 

Baru-baru ini tular di media sosial seusai perlawanan antara Sabah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas apabila ada segelintir penyokong dalam stadium bertindak sedikit liar kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan.

Atas sikap tanggungjawab kekecohan tersebut berlaku di laman sendiri, Sabah telah pun membuat permohonan maaf buat para penyokong, staf, pegawai, kejurulatihan, dan pemain JDT untuk memulihkan keadaan.

Menurut Ahmad Marzuki Nasir selaku Pengurus Sabah, beliau menjelaskan mengenai sebarang isu yang berlaku di atas padang sepanjang perlawanan tidak seharusnya dilepaskan pada tingkah laku liar seusai perlawanan.

Beliau berharap sebarang insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang demi menjaga imej kelab.

“Terdapat tindakan-tindakan di luar padang permainan yang Sabah tidak boleh terima. Emosi akan sentiasa memuncak semasa mana-mana perlawanan bola sepak yang kompetitif, tetapi pada masa yang sama perlu ada kawalan yang ditunjukkan semua pihak bagi mejamin keselamatan peminat, pemain dan pegawai.

“Sehubungan itu Sabah juga ingin memohon maaf kepada penyokong JDT yang berkunjung ke Stadium Likas untuk perlawanan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini menerusi Bernama.

Pada perlawanan lalu, Sabah tewas di tangan JDT dengan keputusan 1-2 setelah gol saat akhir menerusi pemain import pelawat, Fernando Forestieri meranapkan impian tuan rumah untuk sekurangnya memperoleh satu mata.

Sebelum itu, Sabah berjaya menceriakan para penyokong mereka yang membanjiri stadium tersebut menerusi pemain tengah berpengaruh, Park Tae-su sebelum Forestieri menyamakan kedudukan.

Akibat beberapa insiden pergaduhan di atas padang sesama pemain serta tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil menyebabkan ramai penyokong kurang berpuas hati dan bertindak ganas dari tepi padang.

Dalam masa sama, di media sosial pula rata-rata penyokong bola sepak tempatan menganggap sikap sedemikian tidak perlu wujud dalam stadium dan menyifatkan perkara tersebut tidak mewakili keseluruhan peminat Sabah.

Selain itu mereka juga melontarkan pandangan agar pihak pengurusan Sabah perlu mengetatkan kawalan keselamatan di stadium untuk perlawanan-perlawanan berprofil tinggi.

Ada juga penyokong yang berharap supaya setiap individu yang hadir ke stadium mampu mengawal diri dan tidak melupakan adab walaupun diamuk rasa marah pada sebarang situasi.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN