Isu Tatu M16, FA England Nyatakan Sokongan Kepada Kejujuran Raheem Sterling

Raheem Sterling menjadi mangsa kecaman beberapa pihak selepas menayangkan tatu baru beliau. Akhbar The Sun antara yang paling lantang mengkritik Sterling. The Sun turut menyiarkan berita kematian 2 remaja dan menulis:

“2 remaja maut pada minggu Raheem Sterling menayangkan tatu senjata yang kontroversi.”

Ramai yang mengkritik The Sun dan mempertikaikan motif The Sun, apa kaitan kematian itu dengan tatu Raheem Sterling. Di Twitter Gary Lineker berperang dengan Piers Morgan.

Lineker membidas Piers Morgan melabel Sterling sebagai orang yang mempromosi senjata dan beliau marah dengan unsur-unsur senjata yang menggambarkan kepada keganasan. Mungkin beliau lupa akan gambar ini:

https://twitter.com/dannymann02/status/1001479594778808320

Ada yang memerli Piers Morgan balik dengan mengingatkan beliau bahawa, kelab yang beliau sokong, Arsenal juga menggunakan logo meriam dan ia hanyalah perlambangan yang tidak menjurus kepada sokongan kepada peperangan.

Akhbar The Sun meneruskan serangan mereka ke atas Sterling dengan menuduh pemain tersebut keletihan selepas berpesta di kelab malam sehingga 3 pagi.

https://twitter.com/adamkeyworth/status/1001218545588502530

Raheem Sterling menyatakan beliau tidak sama sekali akan menyentuh senapang kerana ayahnya mati ditembak pada usia beliau 2 tahun.

Beliau mencacah tatu m16 itu di kaki kanan sebagai tanda itu adalah kaki penggempur beliau di dalam padang. Beliau juga menyatakan yang tatu itu ada makna lebih dalam tetapi masih belum siap sepenuhnya.

Selepas segala tekanan yang melanda penyerang England tersebut, FA Inggeris memberikan sokongan moral kepada pemain mereka itu yang akan beraksi dalam skuad Piala Dunia Three Lions. FA berkata:

“Kami menyatakan sokongan kami ke atas Sterling dan menghargai kejujuran beliau dalam hal ini.”

“Dia (Sterling) dan seluruh skuad ini fokus sepenuhnya dalam persediaan Piala Dunia yang akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN