Batshuayi: “Saya Tak Ingat, Pernah Bermain 2 Perlawanan Berturut-Turut Di Chelsea”

Boleh dikatakan Michy Batshuayi sudah beberapa kali memberikan gambaran yang beliau tidak gembira dengan Antonio Conte.

Beliau sendiri pernah membuat kenyataan terbuka menyatakan dia tidak mengikuti prosedur kelab apabila pergi bermain futsal dengan rakan-rakannya sehingga lewat malam kerana rindukan padang bola sepak.

Beliau merahsiakan hal itu daripada Antonio Conte dan kejurulatihan Chelsea. Ketika wartawan bertanya, sama ada beliau akan kekal di Chelsea pada musim depan, Batshuayi tidak pasti akan hal itu.

Batshuayi dipinjamkan ke Borussia Dortmund secara pinjaman. Dengan kemasukan Olivier Giroud ke dalam pasukan, beliau sudah pastinya lebih sukar mendapatkan tempat di dalam pasukan kendalian Conte.

Ketika di Borussia Dortmund, Michy Batshuayi cemerlang di hadapan gol. Beliau memberikan impak segera dengan menjaringkan gol pada debut beliau dalam kemenangan 3-2 ke atas Koln.

Beliau kemudian menjaringkan 7 gol dalam 13 penampilan beliau untuk Dortmund. Malangnya, beliau terpaksa berehat ketika berada di puncak prestasi musim ini.

Hal ini kerana beliau mengalami kecederaan buku lali dalam kekalahan pada perlawanan derbi menentang Schalke. Batshuayi berehat sehingga musim berakhir.

Beliau kini bersama-sama dengan rakan beliau di kem pasukan Belgium dalam rangka persiapan Piala Dunia. Tidak mahu berselindung, Batshuayi menyatakan yang beliau tidak pasti akan masa depan beliau.

Buat masa ini fokus beliau adalah kepada Piala Dunia. Soal di mana beliau akan bermain musim hadapan akan dibicangkan dan ditentukan selepas Piala Dunia.

Michy Batshuayi

Beliau selesa berada di Borussia Dortmund. Itu memberikan petanda jelas yang beliau mahu pergi ke sana secara tetap.

“Dortmund merupakan satu pengalaman yang hebat dalam hidup saya. Mereka mengalu-alukan kedatangan saya dengan hangat sekali.”

“Saya berada dalam satu persekitaran yang hebat dan anda boleh saksikannya di atas padang.”

“Saya sudah lama tidak bermain bola sepak sebanyak itu. Saya tak ingat kali terakhir saya bermain 2 perlawanan berturut-turut di Chelsea. Saya rasa bagus sekali dan mendapatkan semula keyakinan saya.”

“Saya tidak tahu nak bandingkan 2 kelab ini, Chelsea dan Dortmund adalah 2 kelab yang hebat. Fokus saya sekarang adalah Piala Dunia. Malas saya nak fikirkan perkara lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN