Isu Sorakan Hina Malaysia Dan Pemain, TMJ Mahu FAM Dan Syed Saddiq Bertegas

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Dalam perlawanan AFF B-16 di antara Malaysia menentang Thailand semalam, beberapa penyokong Indonesia telah mencemuh dan menghina negara kita serta pemain muda Amirul Ashrafiq Hanifah.

Jelas kedengaran sorakan Malaysia itu anjing dan Amirul itu anjing ketika perlawanan sedang berlangsung. Sebelum ini pemain mudah itu diugut bunuh oleh beberapa laman penyokong.

Ini bukanlah senario baru melibatkan hinaan penyokong tuan rumah ke atas Malaysia. Hampir dalam mana-mana perlawanan melibatkan Malaysia di Indonesia, banyak insiden seperti tidak menghormati lagu negaraku berlaku.

Beberapa minggu lalu, skuad B-19 negara dibaling objek dan dicemuh selepas menang ke atas Indonesia.

Sebelum ini Syed Saddiq menyatakan beliau kecewa dengan apa yang berlaku. Dan semalam beliau turut menyatakan yang FAM perlu tegas untuk laporkan hal ini kepada AFF supaya pihak Indonesia dikenakan tindakan.

Dalam muat naik tengah malam semalam, TMJ jelas mahukan FAM dan juga KBS bertegas dalam hal ini. Baginda berkata:

“Berkaitan kes terbaru mengenai apabila skuad kebangsaan B16 sedang bermain menentang Thailand dalam Kejohanan Piala AFF B16 2018 di Indonesia, kedengaran penyokong Indonesia telah menyanyikan lagu yang berunsur provokatif dan menghina iaitu ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’.”

“Saya menyarankan dan akan memastikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menulis surat bantahan kepada AFF dan AFC serta ‘protes’ dan tarik diri dari kejohanan tersebut jikalau perlu. Walauapapun, tindakan perlu dikenakan.”

Berkenaan dengan tindakan Syed Saddiq yang dianggap agak terlalu berlembut dalam hal ini, ini adalah komen TMJ:

“Saya rasa ia perlu dilakukan secepat mungkin. Saya faham Menteri Belia dan Sukan yang sentiasa memikirkan diplomatik untuk bertindak.”

“Ini bukan mengenai diplomatik tetapi mengenai nama negara yang telah dihina. Mana yang lebih penting, untuk menjadi popular atau untuk berjaya?”

“Sebagai seorang ketua, kadang-kala kita tidak boleh asyik nak menjaga hati semua pihak sahaja.”

“Kadang-kadang kita perlu lakukan keputusan yang sukar orang nak terima tetapi ia untuk kebaikan negara. ‘Leadership is about action. Not position. Sometimes you have to bite the bullet.’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN