Isu Peribadi Jadi Perhatian, Nicolo Zaniolo ‘Bersara’ Dari Media Sosial

Nicolo Zaniolo

Pemain muda sedang meningkat naik, Nicolo Zaniolo jelas terkesan dengan ‘kehebatan’ aura media sosial apabila beliau memilih untuk tidak lagi aktif di laman Instagram peribadinya susulan gossip mengenai kehidupan peribadinya menjadi perhatian.

Isu peribadi Zaniolo yang dalam proses pemulihan daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) buat kali kedua dialaminya mencuri tumpuan terutamanya di Itali apabila beliau dilaporkan sudah berpisah dengan teman wanitanya, Sara Scaperrotta.

Menurut laporan Football Italia, Scaperrotta sedang mengandungkan anak mereka berdua dan Zaniolo pula dikatakan menjalinkan hubungan baharu bersama model dari Romania, Madalina Ghenea.

Keadaan itu sudah pastinya mendapat tekanan daripada para netizen Itali sehingga menyebabkan pemain berusia 21 tahun itu mendedahkan bahawa beliau tidak akan aktif di media sosial selepas ini.

”Hidup saya di padang bola, bukannya di media sosial atau gossip, saya telah memutuskan untuk keluar daripada dunia yang menjengkelkan yang bukan milik saya.”

”Semua ini [gosip kehidupan peribadi] telah memberikan kesan kepada ketenangan, pemulihan dan keghairan saya [dalam bola sepak].”

”Saya akan nyahaktifkan akaun saya,” ujar Zaniolo yang memuatnaik status di Instagram Story milik ibunya, Francesca Costa.

Media sosial sememangnya merupakan satu medium yang bakal menjadi mimpi ngeri buat seseorang pemain sekiranya ia tidak dikendalikan dan ‘dihadam’ dengan baik kerana sesiapa sahaja akan bersuara tanpa batasan dalam menjawab sesuatu isu.

Mungkin keputusan yang dibuat oleh Zaniolo merupakan satu langkah tepat buat dirinya.

Zaniolo merupakan seorang pemain berbakat besar yang dikatakan bakal menjadi jelmaan legenda Itali dan AS Roma, Francesco Totti, tetapi dengan dua kecederaan ACL yang dialaminya dalam tempoh lapan bulan jelas bukanlah perkembangan baik buatnya.

Kredit featured image: Alessandro Sabattini/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Nicolo Zaniolo:

Roberto Mancini: Nicolo Zaniolo Mampu Jadi Pemain Yang ‘Luar Biasa’

Nicolo Zaniolo: Trequartista Itali Jelmaan Totti

Dua Kecederaan ACL Dalam Tempoh 8 Bulan, Masihkah Ada Sinar Buat Zaniolo?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN