Isu Penjadualan Piala Malaysia, FMLLP Minta Peminat Santai Baca Kenyataan Ini

Berikutan ada rungutan tentang penjadualan suku akhir Piala Malaysia 2017, pihak FMLLP mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial rasmi mereka. Berikut adalah kenyataan rasmi ‘santai’ mereka.

Berlaku pindaan jadual kerana AFC B23 dan Sukan SEA

Nota : Mesti dibaca dalam keadaan santai

Untuk pengetahuan semua sahabat alam maya yang budiman, FMLLP sebenarnya sudah merangka dari bulan Januari lagi berkenaan jadual peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2017.

Adanya pindaan pun disebabkan permohonan tambahan seperti mahu memberi masa untuk kelayakan AFC B23 dan persiapan pasukan Sukan SEA..

Tahniah lagi sekali Harimau Malaya! Kami pasti anda gembira mereka layak ke China dan layak ke final Sukan SEA.

Jadual suku akhir pada 15 atau 16 September 2017 dan 23 atau 24 September 2017 sudah pun ditetapkan pada bulan Ogos yang lalu apabila pindaan yang kita sebut tadi dibuat.

Beberapa faktor diambil kira

Apabila tamat saingan peringkat kumpulan, FMLLP pun mempertimbangkanlah kesemua faktor yang berkaitan. Banyak perkara kami kena tengok. Contohnya stadium digunakan untuk sambutan Hari Malaysia.

Stadium Shah Alam

Takkan kami nak minta dibatalkan, stadium bukan kami punya dan bukan pasukan yang punya. Boleh jadi kalau kita nak main pakai stadium juga, ada yang tuduh kita tak berjiwa Malaysia pula.

Isu pasukan berkongsi stadium yang sama

Cerita pasal stadium, ada pasukan yang berkongsi venue yang sama. Tak logik lah bermain pada hari yang sama.

Jadi pasukan pelawat mesti menerima tarikh yang dipilih oleh pasukan tuan rumah sambil belek jadual Liga Malaysia sebelum dan selepas bagi dapatkan rehat yang cukup.

Lagi satu contoh, nak main ni kena tengok jadual sebelum dan selepas. Bukan boleh letak tarikh sesuka hati. Bila ada tarikh, kena pengesahan pasukan juga. Boleh tak main tarikh dicadangkan.

Sudah pasti pasukan mahu memikirkan aturan yang terbaik untuk mereka berjaya.

Jadi, kami pegawai FMLLP yang berotak di lutut atau di tempat lain yang sewaktu dengannya memohon ampun dan maaf jika ada yang berpendapat bahawa ada hari yang lebih bagus untuk main tapi kami tak terfikir pula.

Nasihat, sindiran, cacian dan kritikan anda amat kami hargai. Harap tak ada yang kritik pula cara post kami ini. Jika sahabat ada masa, kami nak ajak mengopi! Kita sembang santai lagi.

Nota editor: Kenyataan di atas ini adalah daripada FMLLP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN