20 Ribu Penyokong FC Koln Sedia Turun Ke London Untuk ‘Gegar’ Arsenal!

Dilaporkan seramai kira-kira 20 ribu penyokong setia FC Koln atau Cologne bakal menggegar utara London bagi menyatakan sokongan pasukan mereka dalam pertemuan pertama kejuaraan Europa League menentang Arsenal pada Khamis ini.

Skuad yang mendapat jolokan nama sebagai Billy Goats ini bakal membuat penampilan pertama dalam pentas Eropah selepas kali terakhir berbuat demikian pada musim 1992/93 – kira-kira 25 tahun yang lalu.

Meskipun dianggarkan hanya 2,900 penyokongnya yang akan menonton di stadium, tetapi ribuan lagi penyokong setianya turut turun ke London dan akan memenuhi sekitar restoran atau pub di London bagi menzahirkan sokongan ke atas pasukan mereka.

Penyokong FC Koln terkenal dengan sikap fanatik mereka.

FC Koln yang terkenal dengan kelompok penyokong fanatiknya sekitar Eropah, pernah menggegar Eropah ketika mereka muncul naib juara UEFA Cup pada musim 1985/86.

Mereka juga pernah bertembung dengan Arsenal dalam pertandingan Inter-cities Fair Cup pada musim musim 1970/71 di mana kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2.

FC Koln juga pernah mencipta memori ke atas pasukan dari London apabila berjaya membelasah jiran Arsenal iaitu Tottenham Hotspur dengan jaringan 8-0 dalam perlawanan Intertoto Cup pada tahun 1995.

Satu pertembungan hebat bakal disajikan buat kedua-dua pasukan dan sudah pasti ia nya bakal menjadi memori dan tumpuan legenda kedua-dua kelab iaitu Lukas Podolski.

Agak-agakkan, mana satu akan jadi sokongan Podolski ya?

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Nurazree Mahmud. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sumber:

  1. Bundesliga (2017): Cologne bring 20,000 to London for Arsenal Europa League tie; http://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/arsenal-expecting-20000-cologne-fans-in-london-europa-league-458800.jsp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN