Manuel Pellegrini Mengaku Kariernya Di Real Madrid Adalah Paling Teruk Baginya

Penyokong Real Madrid, ingatkan anda dengan Manuel Pellegrini?

Pengurus berbangsa Chile ini merupakan antara pengurus Real Madrid yang paling kurang berjaya dalam sejarah kelab tersebut.

Rezeki beliau ternyata bukannya di ibu negara Sepanyol itu apabila beliau tidak berjaya memberikan sebarang kejuaraan kepada kelab tersebut.

Ketika bercakap kepada media, Pellegrini mengakui masa-masa beliau sebagai pengurus Real Madrid merupakan masa yang tersukar dalam karier beliau sebagai pengurus bola sepak.

Katanya, perkara yang menjadi punca kegagalan beliau di Real Madrid adalah kerana perancangan beliau sering terbantut kerana keputusan pihak kelab.

Menurutnya terdapat beberapa pemain yang beliau ingin gunakan di Real Madrid namun tidak boleh berbuat demikian kerana kelab memilih untuk menjual pemain-pemain tersebut.

“Benar pada masa itu kami ada membeli beberapa pemain untuk pasukan kami, namun ada juga beberapa pemain sedia ada yang saya mahu gunakan tetapi dijual oleh pihak kelab.”

“Saya tinggalkan kelab dengan perasaan yang cukup perit di dalam hati. Ianya semua kerana saya gagal berikan kejuaraan kepada kelab walaupun saya berjaya berikan pungutan mata liga tertinggi dalam sejarah kelab.”

Walaupun begitu, Pellegrini bersyukur kerana para pemain yang berstatus bintang seperti Cristiano Ronaldo, Xabi Alonso dan juga Kaka memberikan kerjasama erat kepada beliau.

Walaupun berstatus bintang, mereka masih menghormati Pellegrini dan tidak bersikap ‘besar kepala’.

Sumber:

  1. MARCA (2017): Pellegrini: My time at Real Madrid was the most painful of my career; http://www.marca.com/en/football/real-madrid/2017/09/13/59b92720e5fdeaf8528b45d8.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN