Isu Pengadil: Tiada Masalah Di Larkin Tetapi Terdapat Kecuaian Di Shah Alam

Beberapa insiden membabitkan keputusan pengadil di peringkat suku akhir Piala Malaysia baru-baru ini menjadi buah mulut ramai penyokong dan pengikut sukan bola sepak tanah air.

Sehubungan dengan itu, perkara tersebut telah dibawa ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan satu sidang media telah diadakan bagi menjelaskan hasil siasatan jawatankuasa terbabit.

Dua perlawanan yang menjadi tumpuan dan diulit kontroversi membabitkan pengadil adalah pertemuan membabitkan JDT VS Terengganu FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, di Larkin dan juga pertemuan membabitkan Selangor VS Perak di Stadium Shah Alam.

Berhubung insiden sepakan penalti yang diberikan kepada JDT dalam pertemuan menentang Terengganu, ACP (B) Md Dali Wahid selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata:

Sidang Media Selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengadil FAM

Sesi sidang media yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, October 1, 2019

“Selepas beberapa kali kami memperhalusi rakaman video, memang pemain Terengganu FC menarik baju pemain JDT untuk sepakan penalti diberikan dan bagi satu lagi insiden, memang terdapat rempuhan dari belakang yang menyebabkan sepakan percuma diberikan kepada JDT.

“Jadi kedua-dua keputusan pengadil tersebut adalah betul,” kata Md Dali.

Bagaimanapun untuk gol kedua Selangor yang dijaringkan oleh Khyril Muhymeen dalam pertemuan menentang Selangor, Md Dali mengaku terdapat kecuaian daripada pembantu pengadil kerana tidak berada di kedudukan tepat untuk mengadili situasi perlawanan.

“Secara jujurnya, video ulang tayang insiden berkenaan tidak membantu kami. Jadi kami tak boleh mengatakan ia ofsaid atau tidak walaupun berulang kali menelitinya.

“Tapi memang terdapat kecuaian oleh pembantu pengadil berkenaan dan sebarang tindakan atau hukuman terhadapnya akan kami bincangkan dan maklumkan kemudian,” jelas Md Dali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN