Bintang Muda Manchester United Minat Badminton Dan Lee Chong Wei

Di dalam apa bidang yang kita ceburi, kita pasti sentiasa melihat kepada orang lain yang sudah berjaya untuk dijadikan contoh dan juga idola.

Adakalanya idola yang kita ikuti itu berada di dalam bidang yang sama. Adakalanya tidak. Namun kita mengkagumi kegigihan dan pengalaman yang mereka miliki – lantas menjadi modal untuk diri kita memperbaiki diri.

Demikianlah juga dengan bintang muda Manchester United, Daniel James.

Pemain sayap berusia 21 tahun yang tiba dari Swansea City untuk menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas yang lalu sebenarnya meminati sukan badminton, dan merupakan peminat Datuk Lee Chong Wei.

Perkara itu dinyatakan oleh James dalam satu temubual bersama Adam Carruthers, di siaran Astro Supersport.

Secara kebetulan, bintang badminton negara yang mengumumkan persaraan baru-baru ini juga adalah peminat tegar Manchester United.

Chong Wei pernah berkongsi di laman Instagram gambar milik beliau dan isteri menyaksikan perlawanan membabitkan Manchester United dan Inter Milan di Kejohanan ICC pada Julai lalu di Singapura.

Dan sebenarnya tanpa James sedari pada mulanya, beliau dan Chong Wei sebenarnya telah bertemu ketika perlawanan tersebut.

“Saya sebenarnya telah memberikannya autograf. Saya menandatanganinya tetapi barisan terlalu panjang, jadi saya tidak melihatnya dengan jelas dan tidak perasan bahawa itu adalah dia.

EXCLUSIVE: Daniel James

DID YOU KNOW ….

Daniel James is an admirer of our very own #DatoLeeChongWei?!? Adam Carruthers found out …. watch!

Posted by Stadium Astro on Tuesday, October 1, 2019

“Saya mungkin akan menegurnya dan berbual dengannya,” katanya.

James turut mendedahkan minatnya terhadap sukan badminton sebelum beralih ke bola sepak.

“Saya cintakan bola sepak tetapi saya juga menggemari badminton dan kerap bermain sukan itu sewaktu lebih muda.

“Saya selalu menonton perlawanan badminton, melihat Chong Wei, Lin Dan dan perseteruan mereka, ia amat hebat,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN