Semakin hari, Mourinho sedikit demi sedikit menunjukkan taringnya di Manchester United.
Terbaru, beliau mengarahkan Bastian Schweinsteiger untuk berlatih dengan skuad simpanan Manchester United dan perlu mencari kelab yang baru.
Lebih teruk lagi, Mourinho juga mengarahkan beliau untuk memindahkan barangnya ke bilik persalinanan skuad simpan – di mana satu perkara yang memalukan bagi pemain skuad utama.
Tiada dalam perancangan Mourinho
Punca mengapa pemain Jerman itu diarahkan untuk berlatih dengan skuad simpanan adalah kerana Schweisteiger tidak berada dalam perancangan Mourinho musim ini.
Hal ini jelas apabila nama beliau juga tidak berada dalam skuad untuk perlawanan ‘testimonial’ (penghargaan) Wanye Rooney menentang Everton.
Reaksi abang Schweinsteiger dan bekas kelabnya
Abang kepada Bastian, Tobias Schweinsteiger ternyata tidak senang dengan layanan buruk yang diberikan Mourinho kepada adiknya.
Tobias, yang merupakan jurulatih Bayern Munich bawah 17 tahun berkata di Twitter dengan menulis “no respect” yang ditujukan kepada Mourinho.
Tobias juga menujukkan bahawa adiknya seorang “boss” apabila membuat ‘quote tweet’ kepada ‘tweet’ oleh akaun rasmi pasukan kebangsaan Jerman yang mengucapkan selamat hari jadi kepada adiknya.
Presiden Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge juga membidas tindakan Mourinho.
Beliau berkata bahawa “situasi ini tidak pernah berlaku di Bayern Munich”.
“Amat sukar untuk dipercayai, satu atau dua pemain pasti akan berfikir panjang di masa depan sama ada ingin pergi ke kelab seperti ini.”
Jika diikutkan, Bastian Schweinsteiger juga pernah diberitahu oleh Felix Magath yang merupakan pengurus Bayern Munich pada 2005 untuk berlatih dengan pasukan simpanan.
Puncanya adalah ketika itu Schweinsteiger tiada dalam peracangan Magath dan perlu merebut semula tempat di dalam skuad ketika itu.
Schwiensteiger berjaya mendapatkan tempatnya dan memenangi pelbagai gelaran bersama Bayern Munich selepas itu.
Bagi Ottmar Hitzfeld (gambar bawah) yang merupakan orang yang bertanggungjawab memberi perlawanan profesional pertama kepada Schweinsteiger, merasakan ini adalah satu tidakan yang ‘kurang hormat’.
“Ia adalah satu layanan yang janggal bagi saya, Schweinsteiger adalah pemain utama, juara dunia, sebuah personaliti dan dia juga mempunyai sikap yang terbaik.”
Mourinho patut dipenjarakan
Bagi Dejan Stefanovic (gambar bawah), tindakan Mourinho boleh dikatakan sebagai ‘pembulian yang jelas’ dan wajar diberi hukuman penjara 3 tahun.
Stefanovic yang merupakan seorang peguam dan ahli Persatuan Pemain Bola Sepak Antarabangsa (FIFPro), menyatakan tindakan Mourinho ini boleh dikenakan hukuman maksima iaitu penjara selama 3 tahun jika berlaku di Slovenia.
FIFPro adalah wakil organisasi bagi semua pemain bola sepak profesional di seluruh dunia. Mereka mempunyai ahli seramai 65,000 orang pemain bola sepak profesional lelaki dan wanita.
“Tindakan ini bertujuan untuk melemahkan semangat Schweinsteiger. Mourinho sedang menujukkan satu contoh yang tidak baik.”
“Schweinsteiger perlu ke FIFPro dan melakukan aduan mengenai perkara ini, dan saya akan mencari hukuman untuk Mourinho.”
Stefanovic juga merasakan semua pemain perlu dilayan sama rata.
“Pemain skuad utama perlu berlatih dengan rakan-rakan skuad utama dan dilatih oleh para jurulatih skuad utama. Ia perlu diterapkan oleh semua pasukan dan peraturan ini perlu dilaksanakan oleh pihak FIFA.”
Baca juga : Ibrahimovic Pilih No. 9. Martial Terasa Hati?