Malaysia bawah 23 (B-23) kini sangat giat membuat pelbagai persiapan rapi termasuk sudah mengharungi dua perlawanan persahabatan sebelum mereka mengharungi saingan Piala Asia bawah 23 (B-23).
Terdahulu, pengendali utama skuad B-23 iaitu Juan Torres Garrido memanggil para pemain pilihan beliau untuk mengharungi kem latihan pusat sebelum turut berdepan India B-23 untuk menilai segela kelemahan perlu diperbaiki.
Sepanjang mengharungi dua aksi persahabatan tertutup, Malaysia B-23 berjaya merekodkan satu kemenangan serta satu keputusan seri untuk menggambarkan permulaan positif buat mereka.
Walaupun begitu, masih ada beberapa sisi kelemahan skuad pembangunan itu jelas masih perlu diperbaiki sebelum tirai saingan Piala Asia B-23 di Qatar bermula nanti.
Menurut Datuk Seri Shahril Mokhtar selaku pengurus skuad B-23 negara, beliau akui pasukan itu perlu mempertingkatkan lagi aspek kecergasan ketika saingan berbaki lebih kurang 20 hari sahaja lagi.
Isu kecergasan dianggap sangat penting buat Shahril selepas beliau melihat saingan Liga Malaysia (Liga M) masih belum bermula dan para pemain perlu memperbaikinya demi memberi persaingan pada aksi antarabangsa.
Soal kecergasan para pemain jelas perlu diambil serius selepas Shahril melihat isu tersebut memberi kesan besar buat skuad senior kebangsaan sehingga mencatat dua kekalahan berturut-turut di tangan Oman.
“Kecergasan perlawanan adalah perkara yang kita pandang serius setakat ini. Perkara ini juga sudah diperkatakan lagi sejak beberapa minggu lalu.
“Kita perlu segera mencari jalan dengan masa yang ada sekarang. Harapan saya masih tinggi buat para pemain, kerana saya tahu sejauh mana tahap mereka untuk bermain.
“Jadi saya harap mereka akan sampai ke kemuncak yang diinginkan,” katanya menedusi laporan yang telah dikeluarkan sendiri oleh Harian Metro.
Untuk saingan Piala Asia B-23 nanti, beberapa nama pemain muda berpotensi besar telah pun disenaraikan oleh para kejurulatihan negara di segenap posisi untuk memberi keseimbangan serta kekuatan terbaik menghadapi pasukan lawan.
Antara nama disenaraikan termasuk penyerang muda Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Haqimi Azim Rosli, T. Saravanan, Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul Fazili, serta beberapa lagi bintang masa depan negara berkualiti.
Pada saingan nanti, Malaysia B-23 telah diletakkan dalam Kumpulan D dan bakal berdepan cabaran daripada Uzbekistan, Kuwait, serta Vietnam.