Kerana Isu Cukai, Neymar Dijangka Tak Boleh Bermain Sepanjang Tempoh Perbicaraan

Sejak bertahun lamanya, Neymar sering dikaitkan dengan masalah cukai melibatkan dirinya.

Terbaharu beliau dijangka bakal diheret ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan mengenai kes tersebut.

Neymar bersama-sama ibu bapanya, Barcelona dan juga Santos dihadapkan ke mahkamah diatas isu cukai di Sepanyol yang dilakukan beliau.

Namun begitu, kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah atas tuduhan yang diberikan.

Neymar dijangka bakal dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan juga denda €10 juta yang merupakan denda yang agak minima bagi pesalah kali pertama di Sepanyol.

Akan tetapi, Neymar bakal menghadapi hukuman yang bakal merencatkan perancangan pasukan Barcelona.

Hal ini kerana, Neymar bakal menerima larangan bermain untuk kelab tersebut sepanjang proses perbicaraan berlangsung.

Selepas selesai perbicaraan, barulah Neymar boleh beraksi semula untuk pasukan.

Barcelona dikatakan telah bersetuju untuk membayar €5.5 juta denda untuk menamat segala permasalahan ini.

Kes melibatkan Neymar ini bukanlah perkara baharu dalam pasukan Barcelona. Sebelum ini Lionel Messi dikaitkan dengan permasalahan yang sama dan dikenakan penjara 21 bulan.

Selain itu juga, Javier Mascherano turut dikenakan perkara yang sama dengan dikenakan hukuman 1 tahun perggantungan.

Baca juga: FMLLP: “Nasib T-Team Bakal Ditentu 15 Mei Depan”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN