Bekas pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dikatakan turut bakal mengalami tindakan undang-undang mengenai isu cukai oleh pihak kerajaan Sepanyol.
Hal ini kerana, sepanjang tinggal di Sepanyol Mourinho dikatakan tidak membayar sejumlah cukai bernilai €3.3 juta.
Akan tetapi, perkara tersebut dinafikan oleh pihak Mourinho menerusi wakilnya.
Menurut wakilnya, Mourinho tidak mengetahui mengenai jumlah cukai yang perlu dibayar oleh beliau itu.
“Mourinho yang tinggal di Sepanyol dari tahun 2010 hingga 2013 telah membayar cukai sebanyak melebihi €26 juta dengan purata cukai sebanyak 41%.”
Isu yang melibatkan Mourinho merupakan perkara yang hampir sama dengan aoa yang dikenakan oleh Crisitiano Ronaldo iaitu mengenai isu hak imej.
Malah, Mourinho dikatakan telah menghantar butiran cukai beliau kepada pihak kerajaan Sepanyol secara tidak lengkap dengan niat untuk memperoleh keuntungan melalui cara yang tidak betul.
Nasib Mourinho akan ditentukan oleh pihak hakim sama ada beliau perlu turun naik mahkamah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pengurus Manchester United itu.
Jose Mourinho menjadi pengurus Real Madrid dari tahun 2010 hingga 2013, memenangi 1 gelaran La Liga.
Sumber:
- The Guardian (2017): Manchester United manager Jose Mourinho denies tax fraud in Spain; https://www.theguardian.com/football/2017/jun/20/jose-mourinho-manchester-united-accused-tax-fraud
- BBC News (2017): Mourinho Denies Tax Fraud During Real Madrid Stint; http://www.bbc.com/news/world-europe-40339788