Imbas Kenangan 20 Tahun Yang Lalu, Inter Milan Menandatangani Ronaldo

Genap 20 tahun yang lalu, gergasi Itali, Inter Milan berjaya mendapatkan khidmat Ronaldo dari Barcelona.

Pada awalnya Inter Barcelona dilaporkan mahu menawarkan kontrak lanjutan 10 tahun untuk pemain tersebut. Namun ia tidak dipersetujui Ronaldo.

Inter Milan yang mengikuti rapat perkembangan kontrak Ronaldo terus mengambil kesempatan untuk membawa bintang muda berbakat Brazil itu ke Itali.

Dalam temuramah bekas Presiden Inter, Massimo Moratti dengan Mi-Tomorrow beberapa hari lalu beliau berkata:

“Tiada seorang pun percaya yang kami akan mampu mendapatkan beliau. Saya mencabar diri saya untuk lakukan kerja mustahil itu.”

“Ronaldo ada masalah dengan Barcelona. Jadi, mana-mana kelab yang boleh membayar klausa perlepasan beliau, akan berpotensi mendapatkan beliau. Namun pada ketika itu semua kelab mahukan beliau. Jadi ia amat sukar untuk kami.”

“Akhirnya, Giovanni Branchuni menghubungi saya. Dia yakin kami mampu melakukannya. Saya pergi ke St. Anthony.”

“Kami berjaya memikat Ronaldo dengan perjanjian sekitar £19.5 juta.”

Jumlah itu sangat besar ketika itu. Ronaldo akhirnya menjadi milik Inter Milan.

Musim pertama di Inter Milan, Ronaldo memberikan impak yang sangat kuat. Ada beberapa peminat pada awalnya ragu dengan kemampuan beliau kerana konflik beliau di Barcelona.

Namun di Inter beliau berjaya membuktikan yang dirinya memang dalam kelas tersendiri. Musim beliau berkenalan dengan Serie A, beliau sudah menjaringkan 25 gol dalam liga.

Di Inter Milan, Ronaldo dibangunkan menjadi penyerang yang lebih lengkap. Beliau lebih tajam di dalam kotak penalti.

Inter Milan turut membantu Ronaldo menjadi penyerang serba lengkap (all-rounder) yang boleh menjaringkan gol dengan pelbagai cara termasuk sepakan percuma.

Ronaldo menukar cara permainan beliau dengan drastik di bawah pengurusan Inter Milan. Bayangkan pemain sehebat Ronaldo masih terbuka mengubah dirinya ketika itu.

Musim pertama di San Siro, Ronaldo turut cemerlang di Piala UEFA. Menjaringkan 6 gol daripada 11 perlawanan.

Nike dan Inter Milan

Selain daripada pembangunan bakat, Inter Milan turut mendapat manfaat dari segi penajaan. Moratti berkongsi cerita bagaimana Inter Milan boleh jual mahal dengan penaja hanya kerana nama Ronaldo.

Umbro adalah penaja semasa mereka dalam proses untuk melanjutkan kerjasama. Inter Milan didatangi oleh Nike. Moratti berkata yang beliau jual mahal kepada Nike. Moratti memberitahu bos Nike:

“Saya memberitahu Nike, jika anda mahu menjadi penaja kami, sila berikan saya jumlah tajaan yang sangat berbeza.”

“Nike pada awalnya, tidak percaya yang saya boleh berkata begitu kepada mereka. Kerana mereka sudah menawarkan angka yang tinggi.”

“Itulah cara saya. Apabila saya memiliki kelab yang anda cintai, pastinya saya mahu melakukan sesuatu yang luar biasa untuknya (Inter). Ini termasuk perbelanjaan dan juga membentuk pentadbiran yang serba serbi sempurna.”

Nike akur dan bersetuju untuk memberikan Inter Milan tajaan yang tinggi kerana nilai komersil Inter Milan dilonjakkan oleh Ronaldo.

Pada 1998, Ronaldo bersiap sedia untuk melakar nama dalam Piala Dunia. Beliau dianggap watak utama dalam Piala Dunia Perancis 1998 yang awalnya digelar Piala Dunia Ronaldo.

Namun, Ronaldo gagal di perlawanan akhir. Namun kekecewaan di Piala Dunia tidak begitu memberikan impak kepada beliau di peringkat kelab.

Inter Milan mendapatkan seorang lagi bintang untuk digandingkan dengan Ronaldo, iaitu Christian Vieri. Ketika inilah media seluruh dunia menggembar-gemburkan gandingan ini akan menjadi yang terbaik sepanjang zaman.

Penyokong Inter berharap gandingan ini akan mengakhiri penantian mereka untuk menjuarai Serie A sejak 1989. Namun malangnya, ketika musim memasuki November, Ronaldo cedera ACL. Beliau menjalani pembedahan.

Inter Milan melakukan kesilapan besar apabila menyenaraikan Ronaldo dalam perlawanan akhir Coppa Italia. Kecederaan yang lebih teruk menimpa Ronaldo.

Ligamen beliau ternyata masih belum stabil sepenuhnya. Ronaldo tersisih panjang. Untuk baki musim tersebut dan seluruh musim yang berikutnya.

Sekitar tahun 1999-2001, Ronaldo hanya bermain 8 perlawanan untuk Inter. Beliau kembali pada akhir musim 2001/02.

Dalam 3 perlawanan, Fenomeno menjaringkan 4 gol dan Inter Milan berada di tangga teratas Serie A menjelang hari terakhir. Mereka turut dipintas Roma yang berada di tangga ke-2.

Malangnya pada perlawanan terakhir menentang Lazio, Inter tewas mengejut 4-2. Ronaldo dan Inter Milan kecewa dipintas oleh Juventus di hari terakhir.

Dek kerana kecederaan berterusan, ramai pihak mulai prejudis dengan kemampuan beliau. Ada segelintir penyokong Inter sendiri yang menganggap Ronaldo bukan pemain yang sama seperti dahulu selepas kecederaan panjang.

Ronaldo meninggalkan Inter Milan dengan rekod 59 gol daripada 99 perlawanan. Ronaldo membantu Inter Menjuarai 1 Piala UEFA.

Beliau kemudiannya menyertai Real Madrid.

Ronaldo sentiasa wira di hati penyokong Inter Milan meskipun hanya muncul dalam 99 perlawanan dalam 5 musim.

Moratta masih menganggap Ronaldo sebagai pembelian terbaik di dalam sejarah kelab Inter Milan.

Sememangnya El Fenomeno / Sang Fenomena.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN