Istilah Dalam Bola Sepak Yang Boleh Dikaitkan Dengan Kehangatan Pilihan Raya

Pilihan Raya

Gendang Pilihan Raya Umum ke-14 sudah pun dipalu. Seperti semua sedia maklum bahawa hari pengundian telah ditetapkan pada 9 Mei (Rabu).

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa istilah di dalam bola sepak turut boleh dikongsi di dalam sistem pilihan raya?

Bacaan santai pada hari ini mengetengahkan mengenai istilah bola sepak yang boleh diaplikasikan kepada politik pilihan raya tanah air.

1. Direhatkan

Versi politik:

Istilah direhatkan ini sebenarnya agak sopan berbanding daripada istilah pengguguran. Memang ia perkara biasa jika mana-mana Ahli Parlimen (selepas ini disebut sebagai MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan direhatkan.

Ini kerana parti politik mereka mempunyai alasan tersendiri untuk merehatkan pemain mereka di dewan legislatif. Ada alasan itu sudah diketahui umum dan ada juga alasan itu cuma andaian sahaja.

Adakah anda sudah tahu MP atau ADUN manakah yang sudah direhatkan pada PRU14 ini?

Versi bola sepak:

Terma jurulatih direhatkan bermaksud khidmat beliau telah ditamatkan untuk mengendalikan pasukan. Sebenarnya penggunaan ini bukanlah asing di luar negara, cuma ia masih baru di Malaysia.

Namun, peminat bola sepak di Malaysia amat memahami sesi merehatkan jurulatih sebenarnya bererti pemecatan. Istilah itu digunakan untuk menutup keaiban prestasi di padang.

2. Perpindahan

Versi politik:

Perpindahan ini merupakan strategi biasa digunakan untuk mana-mana pilihan raya. Mana-mana MP dan ADUN tetap ada potensi dipindahkan ke kerusi lain atas arahan parti.

Biasanya ia lebih kepada taktikal untuk memenangi kawasan tersebut. Memang pernah dalam sejarah pilihan raya tanah air, ada MP yang pernah berpindah-randah kerusi menyeberangi negeri.

Malah, pengundi tersebut memberikan keyakinan untuk mengundi calon import. Akhirnya, mereka memenangi kerusi tersebut.

Versi bola sepak:

Perpindahan pemain atau jurulatih merupakan perkara biasa dalam bola sepak tanah air. Ada perpindahan itu berjaya apabila memenangi sesebuah kejuaraan. Namun, ada juga perpindahan itu gagal dan tidak bererti.

3. Tukaran (Part-exchange)

Versi politik:

Tukaran ini membawa erti pertukaran kerusi antara dua parti komponen dalam sesebuah perikatan. Ya, pertukaran ini biasa berlaku dalam mana-mana perikatan di negara ini.

Ia berlaku disebabkan alasan taktikal memenangi kawasan tersebut. Setiap kawasan Parlimen dan DUN mempunyai ciri demografi unik dan berbeza antara satu sama yang lain.

Versi bola sepak:

Di dalam dunia bola sepak, pertukaran pemain antara dua pasukan sudah menjadi lumrah. Paling terkini ialah perpindahan Henrikh Mkhitaryan dengan Alexis Sanchez. Henrikh berhijrah ke London dari Manchester. Manakala, Alexis berhijrah ke arah sebaliknya.

4. Naik pangkat

Versi politik:

Ini berlaku tatkala seseorang ADUN ini akan dibawa naik untuk dipertandingkan ke Parlimen. Biasanya parti politik ini membawa naik ke Parlimen disebabkan beberapa faktor.

Antaranya MP sebelum itu ingin berehat atau pun direhatkan. Ada juga yang akan diturunkan ke ADUN sebagai taktikal.

Jarang sekali ADUN yang dibawa naik ke Parlimen akan tewas walaupun dalam mana-mana parti politik. Terutama mereka sudah menjadi ADUN dan dinaikkan ke Parlimen untuk tempat yang sama. Faktornya, disebabkan para pengundi sudah kenal!

Versi bola sepak:

Begitulah jugalah konsep ‘reserve team’ atau ‘development team’, sekiranya ada pemain yang memberikan persembahan terbaik, berkemungkinan jurulatih pasukan utama akan mempertimbangkan untuk dibawa ke pasukan utama.

Kami bangga dengan anda, Wan Kuzain! Sumber: Sporting KC.

Kita sudah ada anak tempatan yang bermain di Major League Soccer, Wan Kuzain. Beliau beraksi baik untuk pasukan Swope Park Rangers di mana mempunyai afiliasi dengan Sporting Kansas City.

5. Back-up

Versi politik:

Tahukah anda, bagi setiap kerusi Parlimen dan DUN dipertandingkan, setiap parti bakal mempunyai lebih daripada 1 calon dikemukakan.

Alasannya? Bertujuan untuk ‘back-up.’ Tujuan ramai calon dikemukakan untuk mengelakkan perkara tidak diingini. Antaranya ialah seperti masalah kesihatan dan tidak layak bertanding disebabkan isu perundangan.

Atau pun berpindah parti politik!

Versi bola sepak:

Pemain di bangku simpanan akan berfungsi jika diperlukan dalam keadaan mendesak. Seperti kecederaan atau perubahan taktikal yang memaksa pertukaran akan dibuat.

6. One-by-one approach

Versi politik:

Ada dari kalangan pembaca sudah diziarahi bakal calon dari rumah ke rumah? Ini namanya one-by-one approach. Menziarahi pengundi merupakan perkara biasa sewaktu sesi berkempen.

Para pengundi boleh mengenali bakal calon mereka secara dekat. Calon akan mengetahui apa masalah bagi setiap isi rumah pengundi yang diziarahi.

Maka, calon itu akan mengemukakan jalan penyelesaian bagi masalah dihadapi. Di samping mereka memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban ditanggung.

Versi bola sepak:

One-by-one approach itulah konsep diamalkan ketika dalam permainan. Setiap pemain mempunyai keunikan tersendiri yang perlu diawasi pemain lawan. Ada masanya taktik khas perlu digunakan untuk mengawal pemain lawan.

7. Defending

Versi politik:

Sesebuah kerusi yang dimenangi dengan majoriti besar akan dipertahankan oleh cawangan parti politik tersebut. Mereka akan berkempen untuk memenangi hati pengundi yang tidak mengundi mereka pada penggal lalu.

Tetapi ada juga parti politik tidak berkempen secara serius di kerusi yang dipertahankan mereka. Ini disebabkan mereka sudah menang selesa di situ. Terma bahasa Inggeris yang digunakan ialah ‘safe-seat’.

Versi bola sepak:

Bukan serang cara macam ini ya! Sumber: Youtube.

Dalam bola sepak, sekiranya ada pasukan mempunyai kelebihan gol, kelebihan itu bakal dipertahankan supaya meraih kemenangan. Antara taktik biasa digunakan ialah ‘parking the bus.’

Jika gagal mempertahankan kelebihan yang ada, berkemungkinan pasukan lawan akan menyerang sekaligus menewaskan pasukan tersebut.

8. Attacking

Versi politik:

Sudah pasti akan ada kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi melalui majoriti yang sangat tipis. Parti-parti politik bakal bertumpu ke kawasan itu untuk memenangi hati pengundi.

Kemenangan di kawasan itu berpotensi mempengaruhi bilangan kerusi yang dimiliki mereka di Dewan Rakyat atau pun DUN.

Malah, ia mampu merencana pembentukan kerajaan di peringkat pusat atau negeri. Terma bahasa Inggeris? ‘Marginal-seat’ atau ‘Swing-seat’.

Versi bola sepak:

Biasanya sekiranya beza jaringan yang sangat dekat, sudah pasti salah satu pasukan akan berterusan menyerang. Serangan bertali arus perlu untuk meraih gol untuk mendapat satu keputusan yang berbaloi.

Paling minimum ialah untuk meraih defisit gol.

Penutup

Diharapkan Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung ini dapat berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini. Kempen-kempen juga, tetapi bola sepak jangan dilupakan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN