Quantcast

BERITA

Hukuman Berat Sedang Menanti Pasukan Marcerra Kuantan FA

Semalam aksi Liga Perdana membabitkan PDRM dan Kuantan FA yang sepatutnya berlangsung di Stadium Shah Alam dibatalkan susulan kegagalan pemain skuad The Seagulls itu untuk hadir ke stadium sehingga waktu sepak mula.

Kegagalan Kuantan FA untuk berada di Stadium Shah Alam itu bermakna kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 turut diberikan oleh pengadil perlawanan.

Secara teknikalnya, Kuantan FA telah melakukan ‘walk over’ ataupun menarik diri daripada perlawanan ini.

Menurut laporan oleh komisioner perlawanan, Shahrin Ismail, perlawanan tersebut tidak boleh dijalankan kerana Kuantan FA tidak hadir di venue pertandingan sehingga 9.00 malam.

Badan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turut mengeluarkan kenyataan memandang serius perkara itu dan bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalkan penyertaan pasukan terbabit.

PERLAWANAN DIBATALKAN, TINDAKAN AKAN DIAMBIL—————Perlawanan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 di antara PDRM…

Posted by Football Malaysia LLP on Sunday, April 15, 2018

“Sekretariat MFL akan memajukan perkara ini kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membatalkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 dan juga turut pasti bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga akan memberi hukuman setimpal terhadap mereka.

“MFL telah berlaku adil kepada pegawai dan pemain dengan membantu membayar gaji 1 bulan melalui geran pasukan 2018 dengan harapan ianya dapat memberi peluang kepada pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah ini dan terus mengharungi liga.

“MFL telah menerima banyak jaminan di mana mereka akan menyelesaikan semua masalah mereka dengan penajaan baru yang akan masuk. Namun, ianya tetap gagal dan satu keputusan harus dimuktamadkan.

“Lembaga Pengarah MFL dan juga FAM sudah tentu memandang serius perkara ini dan satu hukuman yang setimpal pasti menyusul, bukan sahaja kepada pasukan, tetapi juga kepada individu-individu yang terlibat dengan memastikan mereka ini tidak terlibat lagi dalam bola sepak tempatan lagi,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan kegagalan pihak pengurusan Kuantan FA yang kini diambil alih oleh Marcerra United menyelesaikan tunggakkan gaji pemain dan pegawai yang dilaporkan mencecah empat bulan gaji punca pasukan itu kehilangan pemain dan jurulatih.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!