Semalam kami ada menyiarkan satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial membabitkan pemain tengah pasukan Pahang, Joseph Kalang Tie dan selebriti serta pengacara terkenal, Jasmine Suraya Chin.
Video yang kami kongsikan di Facebook dengan tajuk “Joseph Kalang Tie Kantoi Curi-Curi Pandang Jasmine Suraya” tersebut mendapat reaksi lebih daripada 6000 pembaca kami dan 312 perkongsian.
VIDEO: Joseph Kalang Tie ‘Kantoi’ Curi-Curi Pandang Jasmine Suraya
Rebekah: “Dia bukan curi pandang Jasmine, tetapi video itu kelakar”
Isteri kepada pemain tengah pasukan Pahang, Joseph Kalang Tie, berpendapat video yang tular membabitkan suaminya adalah sesuatu yang melucukan.
Dalam satu muat naik di akaun peribadi Facebook, Rebekah Livan Balan agak bersimpati dengan suaminya.
Namun Rebekah sendiri tidak dapat menahan diri daripada tergelak kerana video itu menampakkan seorang lelaki melanggar tiang lampu kerana melihat wanita cantik.
Rebekah menjelaskan, sebenarnya ketika kejadian itu dirakam, Joseph Kalang Tie sedang berjalan dan melambaikan tangan untuk menyapa keluarga beliau di tempat duduk stadium.
Malangnya, Joseph tidak menyedari sesi temuramah sedang berlangsung di antara Benjamin Mora dan Jasmine Suraya Chin. Dan di situ juga dia kena rakaman ‘paparazzi’. Malang bukan?
“Dia berjalan sambil melambai kepada kami tanpa menyedari tiang lampu di hadapannya, terus berjalan tanpa menyedari temuramah sedang berlangsung.”
“Hampir semua yang berada di sana pada ketika itu melihat dia (Joseph) melambai ke arah kami sambil dia berjalan menuju ke arah temuramah yang sedang berlangsung.”
“Malangnya video berkenaan tidak menunjukkannya,” simpati Rebekah kepada suaminya.
Rakaman video yang turut kami siarkan semalam, hanya menunjukkan Joseph Kalang seolah-olah merempuh lampu yang digunakan oleh krew Media Prima untuk tujuan rakaman.
Joseph disangka lalai kerana terlampau memerhati Jasmine.
Sambil menyatakan media sosial adalah alat yang mampu membahayakan andai tidak tahu perkara sebenar yang berlaku di sebalik tabir, Rebekah turut memuji kejelitaan Jasmine Suraya Chin.
“Tapi Jasmine Suraya, anda sememangnya cantik. Siapa yang tidak mahu memandang anda.” kata Rebekah menutup kenyataannya.
Rebekah merasakan ia memang satu montaj yang kelakar kerana masa video diambil menggambarkan Joseph Kalang sedang dibuai oleh kecantikan Jasmine Suraya.
Kasihan Joseph Kalang menjadi mangsa masa dan ketika yang salah.
Untuk pengetahuan semua, pasangan Joseph Kalang Tie dan Rebekah Livan Balan berkahwin pada 16 November 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki, Kendrick Lian Joseph.
Joseph Kalang Tie adalah bekas kapten pasukan Sarawak. Beliau juga pernah menyarung jersi pasukan Terengganu sebelum memilih untuk ke Pahang pada musim ini.
Rebekah Livan Balan adalah bekas finalis Miss Borneo Beautiful 2011.