Bekas Pemain Kedah Raphi Azizan Kini Bergelar Pemain Petaling Jaya Rangers

Petaling Jaya Rangers (PJR) antara kelab komuniti yang menjadi perhatian pada musim ini apabila berevolusi dari nama Air Asia FC kepada Petaling Jaya Rangers.

Terbaharu, mereka telah melakukan gerak untuk menguatkan skuad mereka pada musim ini dalam cabaran Piala FAM selepas mendapatkan khidmat seorang pemain dari pasukan Liga Super – Kedah.

PJR baru-baru ini telah mendapatkan khidmat pemain muda Kedah iaitu Raphi Azizan untuk menguatkan lagi barisan pertahan pasukan tersebut.

Hal ini telah disahkan di laman Facebook PJ Rangers yang kemudiannya dikongsi oleh laman Facebook pasukan Kedah.

Raphi dikatakan mempunyai peluang yang terhad semasa bermain dengan pasukan Kedah.

Sejak dinaikkan dari skuad Piala Presiden Kedah ke skuad utama pada tahun 2015 oleh Tan Cheng Hoe, Raphi telah bermain di pelbagai posisi antaranya di bahagian tengah dan juga pertahanan.

Raphi dikatakan antara prospek pemain yang cukup baik, ketika ini beliau merupakan antara pemain di skuad B-22 negara.

Semoga berjaya di Petaling Jaya Rangers, Raphi Azizan!

Baca juga: Analisis Taktikal: Struktur Manchester United Lebih Stabil Daripada Celta Vigo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN